Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Nak Buat Roti Boy Yang Lembut & Berlemak? Jom Ikuti Teknik Mudah Ini

Cik Lawa by Cik Lawa
Disember 16, 2022
in Resepi, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
resepi roti boy
0
SHARES
10
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Roti merupakan antara makanan pilihan rakyat Malaysia. Selain nasi mereka juga amat menggemari roti. Ia diibaratkan sebagai makanan pilihan selain nasi. Dalam banyak-banyak roti, terdapat roti yang cukup dikenali ramai. Setiap masa, walaupun bukan dari keluaran syarikat tersebut, ada sahaja yang memanggilnya dengan panggilan yang hampir sama iaitu Roti Boy.

BacaJuga

beri roti pada monyet

Beri Roti Pada Monyet Di Tepi Jalan, Wanita Ini Tak Sangka Haiwan Itu Balas Cara Begini..

Januari 2, 2023
250
lelaki-makan-roti-cicah-air-banjir-

“Bahaya Weh..”, Lelaki Selamba Makan Roti Cicah Air Banjir, Ramai Khuatir Dijangkiti Penyakit

Disember 21, 2022
2

Roti Boy adalah sejenis roti bun lembut yang dibakar bersama sos kopi yang harum. Cukup menawan hati sesiapa sahaja yang melihat, ditambah pula dengan inti mentega bergula yang cukup luar biasa enaknya. Roti ini sentiasa dibeli setiap kali pergi ke Pasaraya atau mana-mana kedai yang menjualnya.

Namun pastinya ramai dalam kalangan kita memilih untuk membuatnya sendiri di rumah memandangkan lebih jimat dan memuaskan. Nak tahu tak teknik yang betul untuk menghasilkan Roti Boy supaya lembut dan berlemak. Lagi power dari yang dijual dekat kedai ya.

Jadi jom kita ikuti perkongsian daripada Ida Zaida ini. Hanya menggunakan cawan sahaja untuk menyukat bahan-bahan., rasanya tetap lembut dan sedap!

Nak Buat Roti Boy Yang Lembut & Berlemak? Jom Ikuti Teknik Mudah Ini

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • Air sejuk 1/4 cawan
  • 2 sudu yis
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu susu pekat(sy guna ssu tepung ank je 2 sudu)
  • 2 cawan tepung
  • 1 biji telur kuning
  • 1 sudu butter

Bahan-bahan nescafe topping:

Bahan B:

  • 1 sudu butter
  • 4 sudu gula perang (bergantung nak banyak mana)
  • 1 biji telur
  • Air bancuhan nescafe(saya guna 3 in1)
  • 2 sudu tepung gandum
  • 1 sudu tepung jagung
  • Cara caranya (doh roti)

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk. Uli sampai sebati, (saya uli dengan mixer sekejap je dah gebu) nak uli dengan tangan pun boleh.
  2. Bentukkan doh bulat-bulat. Letakkan sedikit potongan butter berserta sedikit gula. Bagi rasa lemak-lemak manIS.
  3. Apabila doh dah mengembang elok, letak topping barulah dibakar.
  4. Bakar suhu 170 selama 20 minit hingga masak. Mengikut oven masing-masing.

Bahagian Topping:

  1. Satukan semua bahan B bersama air bancuhan nescafe ( 2 sudu nescafe + 2 sudu air panas). Kalau guna nescafe 3 in 1, 1 paket. Tanpa perlu bancuh dengan air. Masukkan dan terus kacau sampai sebati.
  2. Kemudian boleh letak atas roti dan bakar.

Mudah sahaja kan nak buat Roti Boy yang lembut dan berlemak ini? Jadi ikuti sahaja teknik mudah tersebut. Pasti puas hati punya. Jangan lupa kongsikan teknik buat Roti Boy yang mudah ini kepada kenalan korang.

Sekadar makluman, Roti Boy merupakan nama syarikat roti yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Memiliki lebih 100 cawangan termasuklah di Malaysia, Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu. Dikhabarkan juga bakal memasuki pasaran China. 

Syarikat Roti Boy ini ditubuhkan pada April 1998 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Nama Roti Boy diambil daripada perkataan “naughty boy” atau dalam bahasa Melayunya budak nakal. Pada mulanya, abang kepada pengasas syarikat ini hanya memanggil gelaran tersebut kepada anak saudaranya sebelum digunakan sebagai nama syarikat.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba! 

Kredit: Ida Zaida via MAHN

Baca juga: Atikah Suhaimi Kongsi Resepi Diet Baru, ‘Singgang Mat Salleh’. Ramai Puji Sedap

0/5 (0 Reviews)
Premium WordPress Themes Download
Download Premium WordPress Themes Free
Download Nulled WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
udemy free download
download coolpad firmware
Tags: rotiroti boy
ShareTweetSend

Related Posts

cheese strawberry
Masak Apa Hari Ini?

Peniaga Kongsi Resepi Pencuci Mulut Cheese Strawberry, Makan Sejuk-Sejuk Memang Nikmat!

Januari 27, 2023
37
Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!
diet

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Januari 27, 2023
47
roti keju
Masak Apa Hari Ini?

Resepi Roti Keju 2 Dalam 1 Jadi Kesukaan Seisi Keluarga, Paling Best Keju Meleleh Dalam Mulut Dengan Rasa Pedas!

Januari 26, 2023
143
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist