Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Sup Telur Chinese Style, Hidangan Sihat Hirup Panas-Panas Memang Layan

Ini Resipi Sup Telur Chinese Style, Hidangan Sihat Hirup Panas-Panas Memang Layan

Kategori: ,
Sup Telur Chinese Style

Sup adalah hidangan ‘comfort food’ yang disukai ramai. Ia menjadi makanan pilihan ramai yang dimakan ketika seseorang itu sakit, misalnya demam.

Jadi kali ini Min ingin kongsikan resipi Sup Telur Chinese Style yang digemari ramai yang selalunya kita makan di restoran Cina Muslim.

Tapi sup telur ini boleh saja kita buat sendiri kerana cara membuat dan bahannya memang mudah. Caranya dikongsi oleh Zurina Zulkefli.

Lepas sarapan tadi mak mentua request nak makan Sup Telur Chinese Style. Kita buat dan tambah crab stick sebagai penambah selera. Kebiasaannya sup ini dihidangkan di hotel.

Ini Resipi Sup Telur Chinese Style, Hidangan Sihat Hirup Panas-Panas Memang LayanSup Telur Chinese Style

Bahan Utama:

  • bawang putih
  • halia
  • kiub pati ayam (tiada msg)
  • filamen ketam (dihiris nipis)
  • telur ayam (dibancuh)
  • tepung jagung (dibancuh) Sup Telur Chinese Style

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan kiub pati ayam, bawang dan halia. Biarkan sehingga mendidih.
  2. Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak. Sup Telur Chinese Style
  3. Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
  4. Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal. Sup Telur Chinese Style
  5. Tambahkan perasa, secubit garam, sesudu kecil cuka dan sesudu kecil kicap pekat.
  6. Sedia dihidang / dimakan bersama daun bawang & minyak bijan. Sup Telur Chinese Style

Dah siap kita punya Sup Telur Chinese Style ni. Hidangan sihat untuk anak-anak dan seisi keluarga. Semua pasti suka.

Sumber: Zurina Zulkefli

Baca juga: Resipi Daging Malbari Untuk Raya Nanti, Rasa Kelainan Dari Masak Cara Biasa, Pekat Dan Sedap!

tags: | |