Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Teringin Nak Makan Sup Urat Keting Air Tangan Sendiri, Ini Dia Resepi Mudah Tapi Sedap Yang Boleh Anda Cuba.

DM Editor by DM Editor
Mei 15, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
2 min read
0 0
0
Teringin Nak Makan Sup Urat Keting Air Tangan Sendiri, Ini Dia Resepi Mudah Tapi Sedap Yang Boleh Anda Cuba.
0
SHARES
229
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Masakan asli Kelantan bukan sahaja popular di Cik Siti Wan Kembang itu sendiri, namun terkenal juga di negeri-negeri lain. Sup urat keting merupakan salah satu makanan yang terkenal di sana. Urat keting terdapat di bahagian kaki lembu yang berwarna putih dan disaluti dengan lemak.

BacaJuga

sup ayam

Cara Buat Sup Ayam Paling Mudah & Sedap, 15 Minit Dah Siap Masak

April 26, 2023
5.5k
sup Siam

Tauke Restoran Kongsi Resepi Sup Siam Paling Padu, Sesuai Untuk Juadah Iftar & Sahur. Hirup Slurpppp Kuah Rasa Mantap!

Mac 27, 2023
46

Rakyat Kelantan sangat gemar akan sup ini kerana lemak yang berada di kaki lembu itu membangkitkan lagi selera mereka. Namun, masakan ini digalakkan untuk makan jarang-jarang bagi mengelakkan daripada pelbagai jenis penyakit.

Teringin Nak Makan Sup Urat Keting Air Tangan Sendiri, Ini Dia Resepi Mudah Tapi Sedap Yang Boleh Anda Cuba.

Jom ikuti resepi sup urat keting di media sosial Facebook yang telah dikongsi oleh Jue Jariah. Platform ini telah digunakan untuk berkongsi pelbagai jenis resepi yang menarik.

sup urat keting

Bahan-bahan

  • 1 kg urat keting
  • 2 labu bawang besar – hiris
  • 10 ulas bawang putih – hiris
  • 3 inci halia – hiris
  • 1 pek serbuk sup
  • Kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
  • 1 pek serbuk kurma
  • Bawang goreng
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • Garam dan serbuk perasa
  • 2 biji tomato – belah 4
  • 2 biji kentang direbus
  • Sedikit daun sup – hiris
  • Sedikit minyak masak
  • Air

Cara Penyediaan

  1. Masukkan urat keting dalam periuk, bubuh air secukupnya
  2. Rebus urat keting sehingga empuk.
  3. Masukkan tiga keping hirisan halia (untuk hilangkan baru hanyir dan lembutkan urat keting)
  4. Bila urat keting dah empuk, masukkan bahan-bahan yang dihiris. Masukkan juga kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih ke dalam rebusan urat keting tadi.
  5. Masukkan kentang rebus yang telah dilenyek dulu. Ini adalah rahsia nak bagi pekat kuahnya. Masukkan pula separuh daripada daun sup sekali dengan batang serta akarnya.
  6. Biarkan mendidih. Masukkan rempah sup dan rempah kurma. Biar dalam 15 minit. Tambah serbuk lada hitam. Biarkan mendidih kira-kira 1/2 jam.
  7. Masukkan bahan yang digoreng tadi ke dalam periuk sup. Masukkan tomato. Perasakan dengan garam dan bahan perasa. Tutup api. Taburkan daun sup yang dicincang dan bawang goreng masa menghidang nanti

sup urat keting

Senang sangat kan cara nak buatnya? Apa lagi, jom ikuti resepi sup keting ini . Selamat mencuba dan menikmati kesedapan sup urat keting yang akan membuat air liur anda meleleh.

Sumber: Jue Jariah

Baca juga: “Sedap, Makan Hari-Hari Pun Takpe”- Kuasa FYP TikTok Ni Sangat Luar Biasa, Resepi Sup Telur Diet Buat Ramai Ingin Cuba!

0/5 (0 Reviews)
Download Best WordPress Themes Free Download
Premium WordPress Themes Download
Download WordPress Themes Free
Download Premium WordPress Themes Free
online free course
download karbonn firmware
Tags: resepi supsupsup urat keting
ShareTweetSend

Related Posts

Air Nescafe Paling Sedap
Masak Apa Hari Ini?

Bekas Pekerja Starbucks Kongsi Cara Buat Air Nescafe Paling Sedap! Rasa Creamy, Kena Letak Bahan Ni!

Jun 8, 2023
278
Mini Makaroni Bakar
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Resipi Mini Makaroni Bakar, Ramai Request Sebab Sedap & Lain Dari Yang Lain

Jun 8, 2023
91
lempeng pisang
Masak Apa Hari Ini?

Cara Paling Sedap Buat Lempeng Pisang. Hidangan Sedap & Mudah, Boleh Makan Ramai-Ramai!

Jun 8, 2023
85
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist