Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi Resipi Tempe Tumis Sambal Yang Menyelerakan, Lauk Senang & Mantap!

Wanita Ini Kongsi Resipi Tempe Tumis Sambal Yang Menyelerakan, Lauk Senang & Mantap!

Kategori: ,
Tempe Tumis Sambal

Tempe adalah antara makanan yang tidak asing dalam masyarakat Nusantara. Tempe dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya dan boleh dimakan begitu sahaja atau dimasukkan dalam hidangan makanan.

Tempe mengandungi karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin B12, kalsium dan antioksidan. Oleh itu, orang ramai disarankan untuk mengambil tempe dalam menu harian untuk mendapatkan khasiatnya.

Jadi kali ini, Daily Makan ingin kongsikan resipi Tempe Tumis Sambal yang sedap. Pastinya menu ringkas yang menyelerakan. Makan lauk macam ni sahaja boleh buat nasi bertambah.

Menu ringkas yang tak perlukan banyak bahan. Tak perlu lauk lain makan macam ni bersama kicap pun dah cukup.

Resipi lengkap ini telah dikongsikan oleh D Suraya Osman. Bahan yang digunakan untuk lauk ini sangat sedikit dan mudah dicari di kedai-kedai berdekatan.

Wanita Ini Kongsi Resipi Tempe Tumis Sambal Yang Menyelerakan, Lauk Senang & Mantap!

Bahan-bahan (dikisar):

  • 3 ullas bawang putih
  • 3 biji cili api merah
  • 2 biji cili merah

Cara penyediaan:

  1. Goreng tempe sehingga separuh masak.
  2. Tumis bahan kisar dan masuukan ke dalam kuali.
  3. Masukkan tempe yang telah digoreng separuh masak.
  4. Perasakan dengan gula, garam dan perasa.
  5. Masak sehingga garing atau mengikut selera. Tempe Tumis Sambal Tempe Tumis Sambal Tempe Tumis Sambal

Dah siap kita punya Tempe Tumis Sambal ni. Bolehlah makan dengan nasi putih dan kicap! Memang sedap. Selamat mencuba semua!

Sumber: D Suraya Osman

Baca juga: Cara Buat Sambal Jawa, Sangat Mudah & Tak Berminyak. Guna Air Fryer Sahaja, Orang Diet Pun Boleh Makan!

tags: | |