Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Resipi Tepung Pelita Versi Kacau, Sukatan Untuk 25 Bekas, Hidangan Popular Bulan Puasa & Raya

Resipi Tepung Pelita Versi Kacau, Sukatan Untuk 25 Bekas, Hidangan Popular Bulan Puasa & Raya

Kategori: ,
tepung pelita versi kacau

Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional lembut. Boleh dikatakan ramai orang lah kenal kuih ni kan? Sebab dia antara kuih popular di Malaysia.

Teksturnya yang lembut dan berbeza dengan kuih tako yang terletak dalam acuab bekas daun pisang memang nampak lejen. Tapi sekarang, sudah ramai menggunakan bekas plastik sebagai bekas letak kerana ia praktikal dan lebih mudah.

Bagi anda yang berminat untuk buat kuih tepung pelita, jom baca resepi ini! Resepi yang dikongsi oleh Mas Cotek ni sekali boleh buat sampai 24 bekas.

Jom buat sama-sama tepung pelita versi kacau ni!

Resipi Tepung Pelita Versi Kacau, Sukatan Untuk 25 Bekas, Hidangan Popular Bulan Puasa & Raya

tepung pelita versi kacau

Bahan-Bahan (Lapisan Bawah/Hijau):

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air pandan (kisar 7 helai pandan dan tapis)
  • 1 sedikit air kapur
  • sedikit pewarna hijau

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan, kacau sebati sampai tiada bintik tepung.
  2. Gunakan api perlahan, masak sehinggan adunan meruap, pekat dan meletup-letup.
  3. Tutup api kemudian tuang ke dalam bekas kecil. Ketepikan.

Bahan-Bahan (Lapisan Atas/Putih):

  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan
  • garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Cara masa sama seperti lapisan hijau. Satukan kesemua bahan/sebatikan (tiada bintil tepung).
  2. Masak sehingga meruap, pekat dan meletup. Sentiasa dikacau ya.
  3. Tutup api. Tuang adunan ke atas lapisan hijau tadi.
  4. Satukan kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Nota: Adunan ini dapat 25 bekas dadid 4oz.

tepung pelita versi kacau

tepung pelita versi kacau

Siap sudah tepung pelita versi kacau ni! Buat makan untuk keluarga boleh, buat niaga dengan ikut sukatan pun boleh. Tambah lah sukatan mengikut kuantiti bekas.

Selamat mencuba dan menikmati, semua!

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Tidak Perlu Letak Garam Dan Gula, Ini Resepi Mi Goreng Basah Ringkas Tapi Sedap!

tags: | |