Terung merupakan sejenis sayur-sayuran yang boleh ditanam sendiri atau didapati di mana-mana kedai runcit dan pasaraya. Sangat digemari ramai, ianya sesuai dimasak dalam pelbagai cara. Sudah tentu anda pasti pernah mencuba hidangan terung masak berlado, kan?
Walaupun enak, mesti ia akan menjadi bosan bila asyik dimasak dengan cara yang sama. Untuk anda yang ingin cuba resepi terung yang baharu, bolehlah cuba resepi terung dan tauhu kicap pedas ini. Ianya telah dikongsikan oleh Nurul Ateekah di grup Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Resipi Terung Dan Tauhu Kicap Pedas
Bahan-Bahan:
- 1 hingga 2 terung (dipotong)
- 1 ketul tauhu (dipotong)
- 3 sudu besar ikan bilis
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 3 batang cili hijau
- 3 hingga 4 sudu besar Kicap Manis ABC
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 biji tomato (dibelah)
- Cili padi (tambahan)
- Serbuk kunyit
- Serbuk perasa
- Minyak masak
Cara Penyediaan:
- Kisarkan ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan cili hijau menggunakan blender.
- Panaskan minyak dan goreng terung sehingga sedikit keperangan dan ketepikan.
- Goreng tauhu sehingga garing dan ketepikan.
- Guna minyak sama dan tumiskan bahan yang telah dikisarkan tadi sehingga pecah minyak.
- Masukkan tomato dan cili padi, masak seketika.
- Masukkan sos tiram, kicap manis ABC, serbuk perasa dan sebuk kunyit. Masak agak garing sedikit kemudian masukkan tauhu dan terung, gaulkan sehingga rata.
- Siap untuk dihidang.
Mudah sahaja bila melihat resepi ini, kan? Bahan-bahan dan langkah penyediaannya amat mudah dan ringkas, sudah tentu anda mempunyainya di rumah. Bagi anda yang menggemari sayur terung, boleh pula cuba resepi ini. Mesti sedap dan memuaskan.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada kawan-kawan anda.
Kredit: Nurul Ateekah via MAHN
Baca Juga: Ini Resepi Gulai Ikan Tenggiri Lemak Padang Yang Cukup Rasa, Lauk Makan Malam Yang Sangat Sedap & Mudah Untuk Disediakan