Kalau korang dah jemu makan nasi, jom kita buat hidangan ringkas dan mengenyangkan ini. Tortilla Wrap Cheese ni memang akan jadi kesukaan semua untuk kenyangkan perut korang yang kelaparan.
Perkongsian dari Linda Safar ni sememangnya nampak menarik kan? Jom kita cuba bersama.
Bahan-Bahan:
- tortilla wraps
- telur
- cheese
- udang
- sayur pilihan
- crabsticks yang telah dicarik
- garam & blackpeper
Cara Penyediaan:
- Perasakan udang dengan garam & blackpepper
- Perasakan telur.
- Masak udang terlebih dahulu.
- Dadar telur, sayur, crabstick dan udang di atas pan. Boleh perasakan jika suka.
- Lapis dengan tortilla wrap (semasa telur masih cair).
- Terbalikkan, letakkan cheese.
- Lipat dua & sedia untuk dinikmati. Tambah sos dan mayo bertambah sedap.
Haaa dah siap resipi Tortilla Wrap Cheese ni. Boleh buat untuk kenyangkan perut jika dah jemu makan nasi. Memang best dan menarik serta mengenyangkan.
Selamat mencuba dan menikmati Tortilla Wrap Cheese.
Sumber: Linda Safar
Baca juga: Minuman Fresh Masa Berbuka! Ini Cara Buat Air Longan Masam Manis, Ikut Sukatan Ni Pasti Puas Hati