Bagi anda yang tercari-cari hidangan lauk yang simple dan sedap, mungkin anda boleh cuba masak hidangan Udang Berlado Ala Thai ini. Sememangnya sedap dengan rasa pedas dan masam manis secukup rasa.
Yang penting, kalau ada lauk ni pun dah best tau. Boleh makan dengan nasi panas-panas. Memang menyelerakan. Sekali sekala boleh lah tukar selera dari masak sambal tumis udang kan?
Jom kita ikuti perkongsian resipi dari Ema Izumi ini.
Wanita Ini Kongsi Resipi Udang Berlado Ala Thai, Boleh Bertambah Nasi Hingga Licin Pinggan
Bahan-Bahan:
- udang yang digaul dengan garam dan kunyit
- bawang besar, bawang putih, cili padi merah, cili hijau
- daun limau purut
- hirisan tomato
- sos ikan
- air limau nipis
- bawang holland
Cara Penyediaaan:
- Goreng udang yang telah digaul garam & kunyit. Goreng sampai tukar warna merah-merah sahaja. Jangan sampai kejung dan hitam pula tau.
- Lepastu tumiskan bawang besar, bawang putih, cili padi merah dan chili hijau besar yang telah dichopperkan. Kalau tak ada chopper, boleh gunakan lesung batu. Jangan diblender pula tau. Haa guna je minyak lebihan goreng udang tadi. Lagi manis rasanya.
- Dah wangi bahan tadi, masukkan daun limau purut, bukan daun limau kasturi atau limau bali ya.
- Lepastu letakkan sekali tomato yang telah didadukan. Pandai-pandai lah pula macam mana nak dadukan tomato yang azali bulat tu ya.
- Seterusnya, letakkan sedikit sos ikan dan tuang air limau nipis.
- Masukkan udang yang telah digoreng tadi, perasakan garam, gula dan serbuk perasa.
- Akhir sekali boleh tabur bawang holland. Boleh hidang dan ngap dengan nasi panas dan letak kicap manis.
- Dah siap udang berlado ala Thai cara saya!
Perghhhh! Tengok pun dah tahu sedap kan. Dengan udang manis tu, buat pula resipi ni. Memang sedap dan menyelerakan!
Semoga perkongsian hidangan udang berlado Ala Thai ini bermanfaat. Selamat mencuba dan merasai!
Sumber: Ema Izumi
Baca juga: Cara Buat Cheesy Sosej Paratha Guna Air Fryer Saja Lebih Mudah, Memang Sedap!