Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Teringin Nak Makan Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Jom Ikuti Resipi Ini. Confirm Sedap!

Teringin Nak Makan Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Jom Ikuti Resipi Ini. Confirm Sedap!

Kategori: ,
udang galah masak lemak cili api

Udang galah masak lemak adalah sejenis masakan tradisional Melayu yang popular di negara Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Singapura. Terdapat pelbagai jenis masak lemak, ada yang terlalu pedas, kurang pedas, dan manisan. Masak lemak merupakan masakan gulai yang berkuah cair tetapi bergantung kepada santan yang digunakan.

Resipi udang galah masak lemak cili api ini dikira sebagai makanan utama yang agak mewah. Masakan ini juga sangat digemari oleh kebanyakan orang utara.

Teringin Nak Makan Udang Galah Masak Lemak Cili Api, Jom Ikuti Resipi Ini. Confirm Sedap!

Jom usha resipi udang galah masak lemak cili api yang telah dikongsi oleh Azie Kitchen. Resipi dia senang sahaja, korang ikut step Puan Azie ni terus dapat rasa yang sama!

Bahan-bahan

  • 12 ekor udang galah
  • 1 biji kelapa – santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • ½ helai daun kunyit
  • 1-2 batang serai diketuk
  • Garam

Bahan Kisar

  • 1 ½ inci kunyit hidup
  • Segenggam cili api kampung

Cara Penyediaan

  1. Masak bahan kisar sehingga masak dan airnya kering. Tuangkan santan dan kacau sehingga mendidih supaya santan tidak berketul atau pecah minyak.
  2. Setelah mendidih, masukkan asam keping dan udang. Kacau sehingga mendidih lagi.
  3. Masukkan garam dan daun kunyit. Biarkan mendidih kecil atas api perlahan sehingga kuah masak cantik, barulah ditutup api.

Nota: Masak lomak digandingkan dengan bahan masam masam lagi sedap seperti belimbing buluh, pucuk asam dan sebagainya.

Nampak masak lomak tu pun memang pekat sedap sangat! Jangan lupa letak udang besar-besar tau. Try lah kalau nak rasai sendiri kenikmatan berbeza.

Semoga bermanfaat! Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Azie Kitchen

Baca juga: Letak ‘Bahan Istimewa’ Ni, Sambal Nasi Lemak Terus Jadi Sedap Sangat! Kena Letak Masa Kisar Bawang!

 

 

 

tags: | |