Udang ketak masak merah sangat jarang dimasak kerana jenis udang tersebut yang agak susah untuk dijumpai. Udang ketak ini telah merosot dan jarang didapati di pasar-pasar di Malaysia, kecuali Sabah. Namun, udang ini masih mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Udang ketak masak merah merupakan salah satu resipi udang yang boleh dimasak dan rasanya sangat padu. Hidangan ini mampu menjadi pembuka selera sesiapa sahaja yang mencubanya.
Dah Bosan Makan Udang Biasa, Jom Makan Udang Ketak Masak Merah Pula. Rasa Dia Memang Padu!
Resipi udang ketak masak merah ini telah dikongsikan oleh saudari Uchu atau Sesimple Loralin, jangan lepaskan peluang jom cuba resipi ini.
Bahan-bahan
- 4-5 ekor udang ketak saiz besar
- Serbuk kunyit
- Garam
Bahan kisar
- 1 biji bawang merah besar
- 1 inci halia
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inci lengkuas
Bahan tumis
- 2 batang serai (diketuk)
- 3 sudu makan cili kisar
- 2 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tomato
- Sedikit kicap manis
- secukup rasa Garam, gula
Bahan hiris
- Daun sup
- Bawang holland
- Cili besar
Cara penyediaan
- Bersihkan udang ketak dengan cara yang betul
- Gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sekejap dalam minyak panas.
- Panaskan minyak.Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak bersama serai. Tambah garam dan gula dan tumis lagi sehingga pes berkilat cantik.
- Tambahkan sos cili, sos tiram, sos tomato dan kicap.
- Tambahkan sedikit air, hirisan bawang dan cili.Masak sampai kuah sedikit pekat.
- Masukkan daun sup dan udang yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Siap.
Jom cuba resipi udang ketak masak merah ini di rumah masing-masing. Confirm tak menyesal siapa yang cuba hidangan ni. Selamat mencuba!
Sumber: Uchu @ Sesimple Loralin
Baca juga: Resipi Rendang Kacang Panjang, Hidangan Jarang Dimasak Tapi Sekali Dah Makan Mesti Teringat