Puding Yorkshire adalah makanan Inggeris yang berasal dari England. Puding ini dijadikan sebagai hidangan sampingan atau pencuci mulut setelah menikmati satu hidangan berat seperti nasi, spaghetti dan lain-lain. Puding Yorkshire dianggap sebagai makanan internasional dan dimakan oleh orang England semasa sarapan pagi.
Tambahan pula, resipi yorkshire puding ini hanya menggunakan 4 bahan sahaja dan ia akan dapat pikat hati sesiapa yang mencuba resipi ini.
Ini Dia Resipi Yorkshire Puding Guna 4 Bahan Terbaik. Menjanjikan Rasa Yang Akan Memikat Hati Anda.
Resipi Yorkshire Puding ini dikongsikan oleh Daddy Is The Chef di laman websitenya, dan memaparkan resipi ini sangat sedap dan mudah.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan Tepung Gandum
- 170 ml Susu
- 3 biji Telur saiz L
- 1/4 sudu kecil Garam
- Minyak sayuran (sunflower atau canola)
Cara Penyediaannya:
- Di dalam mangkuk, pecahkan telur dan masukkan tepung. Pukul sehingga rata.
- Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan sambil di kacau rata sehingga sebati. Masukkan garam, kacau rata dan tuangkan ke dalam jag.
- Biarkan bancuhan pada suhu bilik sekurang-kurangnya 30 minit.
- Panaskan oven 220°C.
- Masukkan 1 sudu besar minyak ke dalam muffin pan dan panaskan dalam oven selama 15 minit.
- Keluarkan muffin pan daripada oven, dan tuangkan dengan perlahan-lahan dan berhati-hati bancuhan ke dalam lubang pan.
- Tuangkan sehingga 1/2 lubang pan.
- Masukkan semula muffin pan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit (biarkan di dalam oven dan jangan di buka selama tempoh tersebut)
- Selepas dibakar, bolehlah terus dihidangkan
Nota: *Kalau nak rasa yang berperisa pandan, masukkan beberapa titik perisa pandan ke dalam bancuhan.
Mudah rupanya nak hasilkan yorkshire puding ini, rupa puding ini juga lembut dan rangup jika dimakan panas-panas.
Kredit: Daddy Is The Chef
Baca Juga: Resipi Puding Buah Kastard Homemade, Letak Dalam Peti Sejuk-Sejuk Terus Makan! Yummy…