Kebelakangan ini, restoran makanan segera ternama seperti McDonald’s, KFC, Texas Chicken sedang mengadakan promosi kaw-kaw bagi menarik pelanggan.
Tidak ingin terlepas, Sushi King turut serta dan kembalikan promosi Sushi Bonanza dimana ahli boleh mendapatkan aneka sushi pada harga RM3 sahaja.
Sangat murah dan berbaloi, sudah tentu sambutannya sangat hebat. Namun memandangkan begitu ramai pelanggan, pihak restoran tak mampu menyediakan tempat duduk yang secukupnya dan makanan juga cepat habis. Hal itu memaksa mereka mengambil tindakan ke atas pelanggan yang ada.
Memandangkan promosi Sushi Bonanza sedang berlangsung, seorang wanita zyehuzaina lekas ke Sushi King bagi menikmati pelbagai sushi pada harga yang murah.
Sedang seronok makan, wanita itu tidak sedar bahawa dia telah menghabiskan begitu banyak masa di sana.
Mengambil sepiring lagi, dia tiba-tiba ditegur secara baik oleh seorang pekerja yang memberi mereka masa selama lima minit untuk menghabiskan makanan mereka dan melakukan pembayaran.
Akur dengan perkara tersebut, wanita itu terpinga-pinga untuk menghabiskan makanannya. Sambil itu, matanya masih liar melihat aneka sushi yang ada.
https://www.tiktok.com/@zyehuzaina/video/7145828196137651483?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135651056696165890
@zyehuzaina Sampai kene ‘halau’ weh 🤣🤣🤣 #sushiking #sushibonanza #sushikingmalaysia #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Laper Laper Ha – Faiha
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai tidak mengecam tindakan pekerja tersebut yang terpaksa ‘menghalau’ wanita itu. Ini kerana sewaktu promosi, memang waktu setiap pelanggan terhad.
“Time sushi bonanza memang ada limit time. Sushi King kat tempat saya kerja dulu time bonanza hanya 40 minit sahaja dibenarkan.”, cerita SitinurulNagihah.
Sekiranya restoran mengadakan promosi, sila pastikan anda mematuhi had masa yang telah ditetapkan. Meskipun pihak mereka ingin memberi perkhidmatan yang terbaik, namun atas hal yang tidak dapat dielakkan, mereka terpaksa mengambil tindakan sebegitu.
Kredit: zyehuzaina