Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Restoran Salt Bae Antara Restoran Paling Teruk Di London, Ramai Nasihat Jangan Pergi

Restoran Salt Bae Antara Restoran Paling Teruk Di London, Ramai Nasihat Jangan Pergi

Kategori:
RESTORAN PALING TERUK DI LONDON 2

Salt Bae merupakan individu yang sangat dikenali di mana-mana platform media sosial. Berjaya menarik minat ramai dengan gayanya yang menarik ketika menabur garam dan memotong daging, popularitinya masih tidak lupuk.

Malah dengan populariti yang diraih di pelbagai platform, pembukaan restorannya, Nusr-Et disambut dengan baik. Bukan sahaja mereka golongan elit tapi ia juga menerima kunjunggan dari selebriti termuka seperti David Beckham, Jason Statham, Naomi Campbell dan ramai lagi. RESTORAN PALING TERUK DI LONDON 2

(Salt Bae bersama David Beckham)

Nusr-Et kini mempunyai beberapa cawangan di seluruh dunia dan rata-rata mendapat pujian dari pelanggan yang telah ke sana. Namun, cawangan di London telah tersenarai sebagai antara restoran terteruk di ibu kota tersebut. Ini perkongsiannya.

Restoran Nusr-Et Milik Salt Bae Antara Restoran Paling Teruk Di London, Ramai Nasihat Jangan Pergi

Meskipun restoran Nusr-Et sering di lihat di News Feed media sosial dan menampilkan pelbagai hidangan yang kelihatan sangat menyelerakan, tempat itu mula mendapat reputasi yang kurang baik di kalangan pelanggan kerana harga yang dikenakan adalah terlampau mahal.

Hal itu telah dilaporkan oleh Yahoo News. Menurut satu pemantauan yang telah dilakukan, restoran Nusr-Et London berada di tangga 17,426 di antara 17,495 buah restoran yang tersenarai di London. RESTORAN PALING TERUK DI LONDON 2

Secara keseluruhan, restoran Nusr-Et hanya mendapat 2.9 bintang sahaja di Google Reviews. Walaupun terdapat beberapa pelanggan yang memuji suasana, makanan dan layanan yang telah disediakan tapi ramai yang mempunyai pengalaman yang kurang menyenangkan di sana sehingga menyebabkan mereka memberi rating begitu rendah.

Bukan Sahaja Harga Tapi Layanan Staff Menjadi Antara Faktor Utama Nusr-Et London Disenarai Antara Restoran Paling Teruk

Melihat pada review yang telah dikongsikan, harga bukanlah menjadi isu utama restoran tersebut mendapat rating yang begitu rendah. Sebaliknya perkhidmatan dan layanan pekerja kepada pelanggan.

Menurut Maria Skinner, selain menghidangkan makanan yang berada di tahap sederhana sahaja, layanan pekerja juga kurang baik. Dia menasihatkan untuk elakkan restoran tersebut.

Manakala Yousaf S yang baru sahaja ke sana dua minggu lepas berkongsi pengalaman yang sama. Telah membayar sebanyak £700 (RM3257), dia mengharapkan layanan yang baik dari pekerja tapi sebaliknya pula. Tak sampai sejam, pekerja yang bertugas terus menggesa dia dan kawan-kawan untuk menghabiskan makanan, seperti mengusirnya. Hal itu sangatlah tidak beradab.

Seorang lagi wanita, Millow, melaporkan bahawa layanan pekerja sangat tidak mesra. Sepangjang masa di sana, pekerja asyik tidak mengendahkan permintaannya dan berbuat seperti tidak melayan langsung. Akhirnya, dia sangat tidak mencadangkan orang ramai ke sana. Sebaliknya berasa bahawa cawangan Nusr-Et adalah lebih baik dari semua aspek. RESTORAN PALING TERUK DI LONDON 2 RESTORAN PALING TERUK DI LONDON 2

Tidak dinafikan bahawa restoran Salt Bae kelihatan sangat menarik. Siapa sahaja yang tak mahu merebut peluang untuk melihat chef itu beraksi secara langsung? Namun bagi anda yang bercadang untuk ke restoran Nusr-Et di London, mungkin anda perlu pertimbangkannya memandangkan review yang telah ditinggalkan adalah kurang baik.

Kredit: Yahoo News

Baca Juga: Jumlah Gaji Pekerja Sama Dengan Harga Semangkuk Mashed Potato, Salt Bae Sekali Lagi Dikritik

tags: | |