Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Restoran Ini Sedekah Sarapan Percuma Pada Pelanggan Tiap Hari Jumaat, Sasar Keluarga Kurang Mampu Untuk Datang Makan

Restoran Ini Sedekah Sarapan Percuma Pada Pelanggan Tiap Hari Jumaat, Sasar Keluarga Kurang Mampu Untuk Datang Makan

Kategori:
sarapan percuma

Sebuah restoran di Batu Buruk, Kuala Terenggan mengambil inisiatif menawarkan sarapan percuma kepada sehingga 1,000 pelanggan pada setiap hari Jumaat.

Restoran Ini Sedekah Sarapan Percuma Pada Pelanggan Tiap Hari Jumaat, Sasar Keluarga Kurang Mampu Untuk Datang Makansarapan percuma

Menurut akhbar portal Kosmo, Pengurus Restoran DSH Ikan Bakar, Raja Abdul Salam Raja Gazali berkata, antara menu makanan yang disediakan secara percuma tersebut ialah nasi lemak, nasi minyak, roti canai, roti bakar dan aneka kuih-muih.

Raja Abdul Salam berkata, Ini antara usaha kami untuk berkongsi rezeki pada hari Jumaat yang mulia itu Insya-Allah jika kita buat ramai orang gembira, rezeki akan bertambah,” katanya ketika ditemui di restorannya di Batu Burok di sini semalam.

Dia menambah, golongan sasaran mereka ialah keluarga kurang berkemampuan yang semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup masa kini.sarapan percuma

Sementara itu, salah seorang pelanggan, Wan Nur Ridhwatul Husna Wan Mohd Hassim, 21, menghargai usaha diambil Restoran DSH berkenaan.

Dia mengharapkan lebih ramai peniaga makanan berkemam­puan mengambil inisiatif sama.

“Semoga lebih ramai golongan ibu tunggal, anak yatim dan keluarga yang mempunyai ramai anak menerima manfaat menikmati sarapan pagi secara percuma seperti ini,” katanya.

Harap Lebih Ramai Peniaga Berkemampuan Ambil Inisiatif Samasarapan percuma

Seorang lagi pelanggan, Madihah Azrina Mohamed Khaled, 37, pula berkata, menu sarapan yang disajikan secara percuma amat menepati seleranya.

Untuk info, orang ramai yang ingin mencuba sarapan percuma bolehlah melawati laman Facebook Restoran DSH Ikan Bakar bagi mengetahui maklumat lanjut tentang kedai berkenaan.

“Alhamdulillah program sarapan percuma setiap hari Jumaat  berlangsung di Restoran DSH Ikan Bakar Batu Burok.

“Siapa yang tak mari lagi boleh mari. Bila sampai terus cari makanan signature kami iaitu Nasi Lemak KL. Bukan apa takut habis kalau lambat!

“Doakan kami DSH di Pantai Batu Burok murah rezeki sekeluarga,” katanya dalam salah satu hantaran di Facebook mengajak orang ramai untuk makan percuma di kedainya.

Makanan Signature Nasi Lemak KL Paling Laris! sarapan percuma sarapan percuma

Semoga segala kebaikan yang diberikan oleh pengusaha Restoran DSH Ikan Bakar dapat melebar luas dalam membantu golongan memerlukan.

Jom sokong mereka dengan berkunjung ke restoran. Panjang umur hal-hal baik.

Sumber: Kosmo, Restoran DSH Ikan Bakar

Baca juga: Viral! Gadis UiTM & Kawan-Kawan Kongsi Cara Betul Makan Makanan Bungkus, Baru Tak Leceh

tags: | |