Bagi mencari rezeki sampingan, ramai diantara kita memilih untuk berkerja sebagai seorang penghantar makanan. Lebih dikenali sebagai ‘abang rider’ di kalangan rakyat Malaysia, perkerjaan itu tak semudah seperti yang disangka.
Bukan sahaja mereka telah meletakkan diri dalam bahaya apabila berada di atas jalan raya, mereka juga perlu menghadapi kerenah majikan dan pelanggan tanpa henti. Malah, perkerjaan ini boleh menguji kesabaran seseorang apabila berurusan dengan individu yang tidak bertanggungjawab.
Di media sosial baru-baru ini, warganet digemparkan dengan isu seorang rider yang dikatakan mengamuk dengan pelanggan. Tidak puas hati, dia terus menghempas makanan yang dipesan di hadapan pelanggan tersebut. Dikatakan biadap, tindakannya terus menyebabkan abang rider dikecam.
Namun di TikTok, seorang pengguna, khuzaimie_lemat1.0, tampil dengan nasihat buat pelanggan. Berkerja sebagai seorang rider dan pekerja sekuriti, dia menasihati agar pelanggan lebih memahami situasi rider, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan yang diawasi oleh para sekuriti.
Oleh kerana sesetengah kawasan tidak boleh diakses oleh para rider, para pelanggan seharusnya bersedia menanti para rider di pondok sekuriti untuk mengambil makanan yang dipesan.
Pening dengan kerenah pelanggan yang memegang prinsip ‘customer is always right’, lelaki tersebut merayu pada warganet agar memudahkan urusan orang lain.
Gara-gara nak menghantar makanan pada pelanggan yang berada di kawasan dilarangi untuk para rider, akhirnya mereka boleh bergaduh dengan pihak sekuriti. Tak pasal-pasal abang rider dikecam.
https://www.tiktok.com/@khuzaimie_lemat1.0/video/7027691094540406043?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo88BndeB1MQcG0HmahzXfvfUgme7h4kG8eeo%2FxvjQw82JKgRSybJNjz7Cfo1X%2BXHFkDqSHbbBXoOA%2BI9beGgA%3D&checksum=943273f8983aa169c0fb359f233ac779d1f9c9c55f41a59a0a04680b10440f25&language=en&mid=7027691143034931995&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7027691094540406043&share_link_id=9d41f9b5-ae7b-45cb-b8e3-0c653ab8561a&source=h5_t×tamp=1636326261&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@khuzaimie_lemat1.0Sekadar teguran buat customer yang di kasihi,Rider ada salah dan Customer pun ada salah. ##foryoupage ##fypシ ##fyp ##foodpanda ##viral♬ bunyi asal – CEO OF FOODPANDA
Di ruangan komen, para warganet bersimpati dengan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh para rider apabila berurusan dengan pelanggan sebegini.
Meskipun ramai yang bersimpati kerana rider dikecam, ada juga yang berpendapat bahawa mereka tetap salah kerana bertindak sebegitu.
Namun, ada individu yang tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi. Abang rider dikecam bukan kerana pelanggan tapi atas tidak mematuhi prosedur.
Semoga isu ini dapat cepat-cepat dijelaskan. Walau apa pun perkara sebenar yang terjadi, mesej yang cuba disampaikan oleh khuzaimie_lemat1.0 ada benarnya. Sebagai seorang manusia, kita seharusnya memudahkan urusan orang lain, tak kira lah rider atau pelanggan.
Kredit: TikTok khuzaimie_lemat1.0