Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Ambil Makanan Tapi Menghilang, Rider Ditipu Pelanggan Sampai Terpaksa Tunggu Depan Kilang Selama 3 Jam Untuk Claim Duit

Ambil Makanan Tapi Menghilang, Rider Ditipu Pelanggan Sampai Terpaksa Tunggu Depan Kilang Selama 3 Jam Untuk Claim Duit

Kategori:
RIDER DITIPU PELANGGAN

Seringkali para food rider menjadi mangsa scam atau prank yang dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka juga terpaksa bekerja tak mengira waktu atau cuaca tapi masih ada yang tidak bersimpati dengan keadaan mereka dan mencuba menipu mereka demi kepentingan masing-masing.

Sedih bila melihat mereka berada di dalam keadaan yang tak teraniaya. Kadang yang mengkhaniati mereka adalah golongan pelanggan yang cuba mengambil kesempatan.

Rider Ditipu Pelanggan, Ambil Makanan Terus Cabut

Terbaru, seorang wanita berasa bersimpati setelah melihat keadaan seorang rider yang telah dianiaya oleh salah seorang pelanggan yang tidak bertanggungjawab.

Memesan makan melalui aplikasi Foodpanda, pelanggan tersebut memilih untuk membayar secara tunai. Setelah rider itu tiba untuk menghantar dan mengutip bayaran, pelanggan itu mengambil makanan yang telah dipesan lalu dipercayai menghilang untuk mengambil wang di dalam dan berjanji akan kembali untuk membayar. RIDER DITIPU PELANGGAN

Namun setelah beberapa minit, rider itu menyedari bahawa dia telah ditipu memandangkan kelibatan pelanggan itu tidak kelihatan. Walaupun perlu membayar RM100, pelanggan itu bertindak tidak jujur dan tidak memberi apa-apa respon apabila rider tersebut cuba untuk menghubunginya. RIDER DITIPU PELANGGAN

Untuk mengutip bayaran, rider tersebut terpaksa menunggu di hadapan sebuah kilang, tempat bekerja pelanggan itu yang bernama Nadia. Selama 3 jam menanti, rider itu masih lagi belum menemukan wanita itu walaupun pekerja-pekerja sedang pulang.

https://www.tiktok.com/@sokcantikkau/video/7073057701428825370?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@sokcantikkau #xyzbca #fypシ #foryou ♬ original sound – ꜰᴀᴛɪᴍᴀ ꕤ

Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok, orang ramai turut bersimpati dengan apa yang menimpa rider tersebut. Malah ada juga yang menawarkan untuk membayar makanan yang tidak dibayar itu.

Kesian Abang Tu.. RIDER DITIPU PELANGGAN RIDER DITIPU PELANGGAN

Jika tak mampu untuk membayar makanan yang dibeli, mengapa perlu berbuat begitu dan menyusahkan rider tersebut? Penat seharian mencari rezeki yang halal dalam keadaan berisiko dan cuaca yang tidak menentu tapi akhirnya ini pula yang terjadi. Sudah tentu jika anda yang berada di tempatnya akan berasa sedih. Semoga hal tersebut dapat diselesaikan dengan elok dan wanita terbabit telah membayar makanannya.

Kredit: TikTok sokcantikkau

Baca Juga: “Aku Hempuk Adik Jual Burger Ni!”, Beli Burger Murah Tapi Lain Pula Yang Lelaki Ini Dapat

tags: | | |