Solat merupakan tiang agama. Orang yang beragama Islam wajib mendirikan solat kerana ia merupakan rukun Islam yang kedua. Walaupun sibuk bekerja, tetaplah menjaga solat. Walau apa pun halangan tetaplah solat.
Memandangkan sekarang ada musim COVID-19 maka banyak masjid yang terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak ini jadi bagi penghantar makanan mungkin ini menjadi satu masalah buat mereka. Walaupun begitu ini tidak bermakna kita boleh meninggalkan solat sewenang-wenangnya.
Solatlah walaupun di mana anda berada. Ketika sibuk atau tidak. Ketika senang mahupun susah. Berkenaan dengan isu solat ini, baru-baru ini viral di media sosial berkenaan seorang penghantar makanan Foodpanda solat di tepi jalan.
Difahamkan kejadian tersebut dirakam di sebuah lokasi di Manila, Filipina. Foto-foto seorang penghantar makanan solat di tepi jalan itu dikongsikan di laman Facebook Philippine Star dan tular dengan lebih 50,000 perkongsian.
Penghantar makanan Muslim berhenti sebentar di bahu jalan di Jalan Zobel, bandar Manila untuk mendirikan solat fardhu.
Solat ialah rukun kedua dalam Islam, dilaksanakan sebanyak lima kali sehari dan diwajibkan ke atas semua Muslim.
Walaupun sibuk mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup, lelaki terbabit tetap menunaikan perintah wajib walaupun di tepi jalan. Pengkongsian foto itu membuatkan hati warganet tersentuh dan menerima pelbagai komen yang murni dari masyarakat Filipina khususnya.
Sumber: Fhilippine Star