Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Aku Syak Makcik Ni Tak Sihat..” – Rider Makanan Tolak Upah RM500 Dari Seorang Makcik, Ramai Netizen Kagum Dengan Kejujurannya

“Aku Syak Makcik Ni Tak Sihat..” – Rider Makanan Tolak Upah RM500 Dari Seorang Makcik, Ramai Netizen Kagum Dengan Kejujurannya

Kategori: ,

Ada kalanya, pekerjaan seperti penghantar makanan (rider) akan diberikan tip wang oleh pelanggan sebagai tanda terima kasih untuk menghargai servis yang diberikan.

Biasanya, tip yang diberi oleh pelanggan bernilai RM2 – RM10 untuk satu servis penghantaran.

“Aku Syak Makcik Ni Tak Sihat..” – Rider Makanan Tolak Upah RM500 Dari Seorang Makcik, Ramai Netizen Kagum Dengan Kejujurannya

Tetapi berbeza dengan pengalaman seorang rider yang mendapat tip sebanyak RM500 oleh seorang wanita selepas membuat penghantaran makanan.

Difahamkan, pesanan itu dibuat oleh anak wanita terbabit untuk menghantar makanan tersebut kepada emaknya.

Kisah yang dikongsikan di grup Grabfood Rider Malaysia itu tular dan menjadi bualan ramai apabila ramai tersentuh dengan kejujuran rider terbabit.

Dia memulangkan kembali upah tersebut kerapa baginya, mungkin wanita itu tidak ‘sihat’ atau ada berlaku salah faham di situ kerana jumlah yang diberi adalah tidak munasabah.

Menurut lelaki berkenaan, pelanggan yang dipanggil aunty itu memberi wang tersebut bagi membayar makanan yang dipesan oleh anaknya yang bernama Angel.

“Anda dapat tips paling banyak berapa ringgit? Saya… RM500. Kisahnya saya buat penghantaran satu pesanan, yang pesan anak dia.

“Lepas bagi makanan, aunty tu hulur tips. Saya ingat RM2 ke RM3. Sekali RM500 mat,” ujar lelaki itu menceritakan pengalamannya di Facebook.

Semasa menerima wang berkenaan, rider berkenaan menjelaskan kepada makcik tersebut bahawa pesanan itu telah dibayar oleh anaknya.

“Saya tanya dia. duit ni untuk apa? Dia jawab untuk bayar makanan. Saya cakkap makanan dah bayar, lepas tu dia buat tak layan dan terus masuk rumah.

“Jadi aku syak makcik ni dah tak sihat, ingat-ingat lupa. Sekian nukilan dari saya,” tulisnya lagi.

Tak Munasabah Tips RM500, Syak Aunty Adaa Penyakit Lupa, Mungkin Itu Wang Pemberian Anak – Rider

Dalam perkongsian sama, lelaki berkenaan menunjukkan dia memulangkan kembali wang berkenaan dengan memasukkan ke dalam peti surat di hadapan rumah pelanggan tersebut.

“Hello kak, you punya mak bagi saya duit. Banyak. Saya sudah letak dalam peti surat. Nanti ambil,” katanya kepada individu yang membuat pesanan itu.

Hantaran berkenaan tular hingga mendapat perhatian netizen berikutan kejujuran yang dimiliki oleh rider terbabit.

Ramai Kagum Dengan Kejujuran Rider – Netizen

Semoga kejujuraan rider berkenaan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah.

Sumber: GrabFood Rider Malaysia

Baca juga: Penjual Bakso Pakai Kemeja & Tali Leher Ketika Jual Makanan, Ramai Terpegun Lihat Aksinya

tags: | |