Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Terlahir Dalam Golongan Tidak Berkemampuan..” – Rider Mohon Maaf Pada Anak, Kesal Tak Mampu Beri Yang Terbaik

“Terlahir Dalam Golongan Tidak Berkemampuan..” – Rider Mohon Maaf Pada Anak, Kesal Tak Mampu Beri Yang Terbaik

Kategori:
RIDER MOHON MAAF PADA ANAK

Seperti ibu, tanggungjawab seorang bapa tidak lah mudah. Berperanan sebagai ketua keluarga, sudah menjadi kewajipan mereka untuk mencari rezeki sambil memastikan segala keperluan keluarga mencukupi.

Oleh itu, si bapa perlu lah sentiasa bertungkus-lumus untuk menyediakan rezeki yang secukupnya. Namun, perkara itu tidak lah semudah seperti yang diharapkan. Lebih-lebih lagi dengan peluang pekerjaan yang terhad serta kos sara hidup yang meningkat, mereka perlu bekerja lebih waktu bagi menampung perbelanjaan keluarga.

“Terlahir Dalam Golongan Tidak Berkemampuan..” – Rider Mohon Maaf Pada Anak, Kesal Tak Mampu Beri Yang Terbaik

Demi menjana pendapatan yang cukup pada tiap-tiap bulan, seorang bapa amierlaa memilih untuk melakukan pekerjaan sebagai seorang rider Foodpanda secara sepenuh masa sambil menjaga anaknya yang masih kecil.

Walaupun pekerjaan itu turut mempunyai manfaatnya, tapi dia tetap berasa bersalah terhadap anaknya yang terpaksa membesar dalam serba kekurangan harta.  RIDER MOHON MAAF PADA ANAK

Sedar pekerjaannya tidak menjana pendapatan yang terlalu lumayan seperti orang lain di luar sana, dia memohon maaf pada anaknya kerana tidak mempunyai harta yang banyak untuk memberinya sebuah kehidupan yang selesa seperti kanak-kanak lain di luar sana.

“Maafkan papa dek, sebab adik terlahir dalam golongan yang tidak berkemampuan. Maafkan papa juga kerana adik berpanas, berhujan disebabkan papa. Jangan pernah membenci papa ya bila dah dewasa.”, pintanya. RIDER MOHON MAAF PADA ANAK

@amierlaa

Maafkn papa dek , sbb adik terlahir dlm golongan yg tidk berkmmpuan 🥺, Maafkn papa jugak kerana adek berpns , berhujn ,disbbkn papa 🥺jgn pernh mmbnci papa ya bila dh dewasa 😭#trending #fypシ #fypdongggggggg #fyppage #fypシ゚viral #abangfoodpanda🐼

♬ original sound – SHAFIQMANAN – Shafiqmanan96

@amierlaa Maafkn papa dek , sbb adik terlahir dlm golongan yg tidk berkmmpuan 🥺, Maafkn papa jugak kerana adek berpns , berhujn ,disbbkn papa 🥺jgn pernh mmbnci papa ya bila dh dewasa 😭#trending #fypシ #fypdongggggggg #fyppage #fypシ゚viral #abangfoodpanda🐼 ♬ original sound – SHAFIQMANAN

Dalam video yang berasingan pula, rider itu bagaimanapun tetap syukur. Ulasnya; “Papa diuji dengan harta, tapi papa diberikan kesenangan menguruskan awak dik. Syukur alhamdulillah. Anak yang tidak pernah banyak meragam.”.

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib rider tersebut tapi mereka tampil memberi kata-kata semangat supaya dia tetap kuat menghadapi cabaran dalam kehidupan sambil membesarkan anaknya.

“Bro kan dah kaya.. kaya dengan kasih sayang.” RIDER MOHON MAAF PADA ANAK

Setiap bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Jika mampu, sudah tentu segalanya mahu diberikan tapi apakah daya, hidup ini penuh dengan halangan.

Meskipun si bapa tak mudah untuk meluahkan perasaan mereka, tapi percaya lah mereka telah berkorban habis-habisan untuk membesarkan anda. Oleh itu, hargai lah mereka.

Kredit: amierlaa

Baca Juga: “Jangan Ajar Yang Bukan-Bukan..” – Tabur Roti Dalam Kereta, Ramai Hairan Lihat Tindakan Lelaki Ini

 

tags: | | |