Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Risiko Tinggi Untuk Terkena Barah Jika Anda Tidak Ambil Tahu Kaedah Yang Betul Dalam Menggunakan Bekas Plastik Ini!

Risiko Tinggi Untuk Terkena Barah Jika Anda Tidak Ambil Tahu Kaedah Yang Betul Dalam Menggunakan Bekas Plastik Ini!

Kategori: ,
bahaya bekas plastik eco

Bekas plastik merupakan antara bekas yang sering digunakan oleh orang ramai. Bekas ini memang antara bekas yang sangat mudah didapati dan harganya juga sangat murah. Di kedai RM2, Eco pelbagai jenis dan bentuk bekas plastik yang ada. Tinggal anda sahaja memilihnya.

Barang-barang di Eco ini memang okay, pihak Eco sudah tentukan siap-siap setiap jenis bekas plastik itu apa kegunaannya. Sesuai untuk kegunaan yang bagaimana. Cuma kita sebagai pengguna adakalanya tersalah guna untuk benda yang tidak sepatutnya.

Untuk pengetahuan anda, bekas plastik yang berlabel nombor 6 tidak sesuai untuk diisi barang makanan secara terus ke dalam bekas tersebut. Sekiranya makanan tersebut bersarung seperti coklat mungkin boleh.

Bekas plastik yang berlabel nombor 6 ini memiliki tekstur yang tegar dan tak fleksibel. Elakkan penggunaan bekas yang tertera nombor 6 kerana boleh merembeskan stirena yang toksik kepada otak dan sistem saraf serta meningkatkan risiko barah.

Sebelum anda menggunakan sesuatu bekas, anda wajib mengambil tahu apa kegunaanya melalui label nombor pada setiap barangan plastik yang dibeli. Tidak kiralah beli di mana sekalipun, sama ada di Eco Shop atau mana-mana kedai plastik. Sila semak nombor labelnya terlebih dahulu ye agar setiap belian dapat dimanfaatkan sebaiknya dan penggunaannya tidak membawa kemudharatan.

Kredit: Nurul Hidayah Baharom

Baca juga: Lebih Cepat “Defrost” & Rasa Manis Daging Tak Hilang! Wanita Ini Kongsi Tips Simpan Barang Basah Dalam Plastik Ziplock

tags: