Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Pecah Rekod Baru Habiskan RM400 Untuk Pekena Nasi Kandar, Kisah Lelaki Ini Jadi Bualan

Pecah Rekod Baru Habiskan RM400 Untuk Pekena Nasi Kandar, Kisah Lelaki Ini Jadi Bualan

Kategori: ,
Nasi Kandar Sulaiman

Seorang pemuda dari Pulau Pinang mencipta rekod baharu pelanggan di Restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) apabila menikmati hidangan signatur itu pada harga RM400

Menerusi perkongsian Facebook Nasi Kandar Sulaiman, difahamkan pelanggan lelaki yang berasal dari Bayan Baru itu datang ke premis berkenaan kira-kira pukul 9 pagi hari ini.

Pecah Rekod Baru Habiskan RM400 Untuk Pekena Nasi Kandar, Kisah Lelaki Ini Jadi Bualan

Lelaki berkenaan telah memilih hidangan nasi untuk tiga orang berharga RM4.50, 10 ekor sotong (RM80), 29 ekor udang (RM232), empat ekor ikan (RM22), telur masin (RM1), telur rebus (RM1), bendi (RM1) dan dua ketul kepala ikan (RM48).

Nasi Kandar Sulaiman

Pecah rekod jadi orang pertama makan sehingga cecah RM400

Difahamkan, dia telah menghabiskan kesemua hidangan yang dibelanja rakannya selama tempoh sejam sahaja.

Member Belanja RM400 Suruh Makan Untuk Pecah Rekod

“RM400, pecah rekod. Fuhh seorang makan Orang Penang kita. Member beliau belanja RM400 suruh buat rekod.

“Jadi rekod paling tinggi. Orang pertama sentuh RM400. Tengok badan boleh tau beliau mampu makan banyak.

“Kita tak panggil beliau, beliau sendiri yang mai makan. Siap buat live TikTok,” tulis dalam satu kenyataan di Facebook.

Nasi Kandar Sulaiman

Sebelum ini, seorang pemuda dari Yan Kedah telah mencipta rekod menikmati nasi kandar termahal di restoran sama pada harga RM372 dalam tempoh sejam 15 minit, 31 Ogos lalu.

Sumber: Nasi Kandar Sulaiman

Baca juga: Peniaga Dedah IShowSpeed Bayar Sebiji Burger Harga Lebih RM350, Bayar Dalam Mata Wang Kemboja

tags: |