Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Seramnya! Bapa Tak Jemu Tengok Cerita Mak Lampir, Wanita Ini Bagi ‘Suprise’ Untuknya!

Seramnya! Bapa Tak Jemu Tengok Cerita Mak Lampir, Wanita Ini Bagi ‘Suprise’ Untuknya!

Kategori:
mak lampir

Bagi peminat cerita 90-an, mesti sudah kenal dengan watak Mak Lampir yang dilakonkan oleh mendiang Farida Pasha. Watak Mak Lampir dalam siri TV Misteri Gunung Merapi dari Indonesia ini sudah digeruni oleh kanak-kanak pada zaman itu. Mananya tak? Sekali tengok saja wajah Mak Lampir di kaca TV, mesti rasa seram. Dengan penampilannya yang menyerupai seorang nenek kebayan, anak mana tak lari.

Siri TV tersebut sangat digemari juga oleh orang dewasa kerana ia merupakan sebuah cerita yang memiliki pelbagai genre seperti seram, aksi, sejarah dan mistik. Jadi tak hairanlah jika ayah-ayah atau mak-mak masih menonton siri tersebut.

(Watak Mak Lampir dalam siri Misteri Gunung Merapi, dilakonkan oleh Farida Pasha pada tahun 1998 hingga 2005)

Roti Jala Seram!

Di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini pula, niat mulia Qaseh Lieysa yang ingin membuat kejutan untuk bapanya yang merupakan peminat siri Misteri Gunung Merapi, undang tawa dari ahli group tersebut apabila dia berkongsi gambar roti jala luar biasa, tengok pun dah rasa seram!

Hari ni sis try buat Tema Roti Jala Mak Lampir untuk Bapakku. Bapak hobi dia suka tgok cite Mak Lampir hari2 pun tak apa tak jemu. Maka hari ni buatkan suprise untuk dia . Mesti dia terkejut. Lama tk jumpa rindu rasanya. Doakan Bapak sis sihat, dipanjangkan umur dimurahkan rezeki selalu Aminnn .

Takut tak?

Menjengah ke ruang komen, rata-rata ahli group tersebut berasa seram dengan roti jala itu. Ada juga yang teringat pada keluarga di kampung.

Rasa seram…

Teringat dekat keluarga juga.

Bila ada kreativiti dan imiginasi yang tinggi, semua boleh dihasilkan. Roti jala Mak Lampir ini seram juga bila tengok lama-lama, kan? Memang tak jadi makan! Agak-agak nanti apa pula karya kreatif roti jala yang akan dihasilkan? Jangan mengingau pula bila tengok roti jala ini lama-lama.

Kredit: Qaseh Liesya

Baca Juga: Ini Cara Buat Roti Jala Yang ‘Perfect’, Sedap & Lembut Sampai Ke Petang!

tags: |