Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rugi Hampir 1 Ribu Ringgit Gara-Gara Silap Pekerja, Pengusaha Aiskrim Ini Kesal

Rugi Hampir 1 Ribu Ringgit Gara-Gara Silap Pekerja, Pengusaha Aiskrim Ini Kesal

Kategori:
pengusaha-aiskrim

Mengusahakan sebuah perniagaan kecil dari bawah bukanlah sesuatu yang mudah. Pelbagai hal yang perlu dititikberatkan seperti kos, jumlah pekerja, pemasaran dan banyak lagi.

Oleh itu, pengusaha perlu mempunyai perancangan dan melatih pekerja-pekerja yang ada dengan teliti untuk meringankan beban kerja mereka.

Namun, walaupun sudah diberi latihan yang secukupnya, kesilapan akan tetap berlaku. Kejadian sebegitu telah menimpa ke atas seorang pengusaha kecil ini. Mari membaca perkongsiannya yang boleh dijadikan pengajaran buat kita semua.

Rugi Hampir 1 Ribu Ringgit Gara-Gara Silap Pekerja, Pengusaha Aiskrim Ini Kesal

Terbaharu, seorang pengguna kilangicecreambaba, yang sedang mengusahakan sebuah perniagaan aiskrim secara kecil telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi rasa kesal dengan perkara yang menimpanya.

Seperti selalu, kilang yang mempunyai beberapa orang pekerja akan beroperasi dan setiap pekerja mempunyai tugasan dan tanggungjawab masing-masing untuk menghasilkan aiskrim bagi dijual. pengusaha aiskrim pengusaha aiskrim

Antara proses pembuatan aiskrim adalah pekerja perlulah membancuh tepung aiskrim dengan sukatan dan kaedah yang tepat bagi ia digunakan dalam proses seterusnya. pengusaha aiskrim

Walaupun begitu, gara-gara kecuaian pekerja yang bertugas di proses tersebut, habis satu peti ais aiskrim rosak dan tidak sesuai untuk dijual. Perkara itu membuatnya terkedu dan kesal kerana turut tertekan dengan kerugian bernilai hampir 1 ribu ringgit yang perlu dihadapi.

@kilangicecreambaba Tak tahu nak kta apa 😫😫 sis stress hari ni 😖 #viral #healingjourney #fyp ♬ suara asli – Ferry N Azizah

Menjengah di ruangan komen, orang ramai memahami bahawa pengusaha aiskrim itu mungkin sedang ‘panas’ dengan perkara tersebut tapi rata-rata meninggalkan nasihat dan kata-kata semangat supaya dia bersabar dengan ujian tersebut.

“Sabar-sabar tauke Rose.. ujian. Kasi pantau lebih sikit lepas nih.”; nasihat pengguna Hairun.

Ujian Dalam Meniaga, Ramai Netizen Tinggal Kata-Kata Elok pengusaha aiskrim

Cabaran dan kerugian merupakan perkara yang perlu dihadapi oleh semua peniaga. Tak kiralah anda besar atau kecil. Yang paling penting anda belajar dari pengalaman tersebut dan menjadikannya sebagai satu pengajaran untuk menambahbaikkan diri dan perniagaan.

Semoga kakak pengusaha aiskrim terus sabar dan maju jaya dalam perniagaannya. Ayuh kita doakan dia.

Kredit: kilangicecreambaba

Baca Juga: Restoran Tawar Menu ‘No Pork’, Ramai Terlepas Pandang & Tetap Makan Walaupun..

tags: | | | |