Rumah yang usang dan terbiar selalunya akan diroboh atau dijual. Memang jarang ada individu yang ingin membaik pulih atau menghargai peninggalan itu.
Namun, sepasang suami isteri iaitu Encik Fendi dan isterinya, Puan Nurul Huda, dan sahabat baik mereka, Encik Anuar telah mendapat ilham untuk untuk mengubah suai sebuah rumah usang untuk dijadikan sebuah kedai kopi yang trendy.
Kedai kopi Gabak yang terletak di Jalan Dagang, Batu Pahat, Johor ditubuh oleh mereka itu kerana mereka ingin memberikan kelainan pada diri dan pengunjung.
Mereka juga turut ingin menghargai rumah usang yang ditinggalkan dan menjadikannya sebuah bangunan yang menarik, di mana warga tempatan boleh ke sana untuk menikmati secawan kopi bersama pelbagai masakan yang enak.
Selama dua bulan, mereka telah menghabiskan kos berpuluhan ribu untuk membaik pulih sebuah rumah usang untuk dijadikan sebagai kedai kopi yang diberi nama sebagai Gabak.
Kini, Gabak telah mula beroperasi setelah sekian lama dinantikan. Dengan pengalaman selama 15 tahun dalam dunia food and business, mereka ingin memberi pengunjung satu suasana yang berbeza dari kedai kopi yang lain.
Dengan suasana yang nostalgik seperti berada di rumah atuk, pengunjung boleh menikmati pelbagai pilihan menu gabak style seperti kopi, ice blended, ice cream, masakan western, nasi lemak dan aneka bubur.
Bagi anda yang merindui suasana kampung dan minat dengan kopi, kunjungi Gabak sekarang. Gabak beroperasi dari jam 2 petang hingga 10 malam.
Kredit: Gabak