Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Saiz Meatball Macam 10 Sen!”, Habis RM53 Tapi Portion Makanan Sangat Menyedihkan

“Saiz Meatball Macam 10 Sen!”, Habis RM53 Tapi Portion Makanan Sangat Menyedihkan

Kategori:
SAIZ MEATBALL

Harga barang yang semakin meningkat sangat menyempitkan ramai pihak. Hal tersebut juga memaksa segelintir pengusaha kedai makan untuk menaikkan harga makanan dan ada juga yang mengecilkan saiz hidangan bagi menjimatkan kos.

Namun begitu, perkara sebegitu boleh membuat pelanggan berasa tidak puas hati. Ini kerana segelintir peniaga yang berbuat begitu akan menyediakan makanan yang tidak berkualiti dan mengenakan harga yang tinggi. Hal tersebut telah terjadi dan dikongsikan oleh seorang wanita di laman TikTok.

Saiz Meatball Macam 10 Sen, Wanita Luah Rasa Kecewa

Terbaru, seorang wanita kongsi pengalaman mengecewakan apabila dia telah ke sebuah kedai makan untuk menikmati beberapa hidangan ala Barat. Memuat naik video itu di laman TikTok menerusi akaunnya, bbydlza, seleranya terus hilang bila melihat saiz meatball yang dipesan. SAIZ MEATBALL

Dengan harga RM8.50 ringgit, saiz meatball itu yang sama dengan duit syiling 10 sen membuatkan wanita itu berasa makanan yang dipesan sangat tidak berbaloi. Selain itu, saiz ayam untuk chicken chop yang turut dipesan bersama juga sangat mengecewakan. SAIZ MEATBALL

Tambah wanita itu, dia telah menghabiskan RM53 ringgit untuk makanan di sana tapi ini pula yang dapat. Berbaloi ke?

https://www.tiktok.com/@bbydlza/video/7071153020964310298?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145

@bbydlza sedih betul 😌 #fyp #fypシ ♬ original sound – °˖✧◝𝓓𝓪𝓶𝓲𝓪◜✧˖°

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut melihat saiz hidangan yang telah dipesan oleh wanita itu.Tambah mereka, selain mahal, ada restoran lain yang lebih bagus dan berbaloi dari sana.

Tak Berbaloi Makan Macam Tu..  SAIZ MEATBALL SAIZ MEATBALL

Walaupun harga barangan tinggi sekarang ini, peniaga seharusnya tidak mengambil kesempatan dan menyediakan hidangan sebegini. Perlu sentiasa jujur dan hidangan yang dijual perlu berbaloi dengan harga mahal yang telah dibayar oleh pelanggan.

Kredit: TikTok bbydlza

Baca Juga: Beli 10 Bungkus Nasi Lemak Untuk Bekal Berkelah, Wanita Ini Kecewa Bila Peniaga Lupa Bungkuskan Sambal

tags: | |