Harga barang yang semakin meningkat sangat menyempitkan ramai pihak. Hal tersebut juga memaksa segelintir pengusaha kedai makan untuk menaikkan harga makanan dan ada juga yang mengecilkan saiz hidangan bagi menjimatkan kos.
Namun begitu, perkara sebegitu boleh membuat pelanggan berasa tidak puas hati. Ini kerana segelintir peniaga yang berbuat begitu akan menyediakan makanan yang tidak berkualiti dan mengenakan harga yang tinggi. Hal tersebut telah terjadi dan dikongsikan oleh seorang wanita di laman TikTok.
Terbaru, seorang wanita kongsi pengalaman mengecewakan apabila dia telah ke sebuah kedai makan untuk menikmati beberapa hidangan ala Barat. Memuat naik video itu di laman TikTok menerusi akaunnya, bbydlza, seleranya terus hilang bila melihat saiz meatball yang dipesan.
Dengan harga RM8.50 ringgit, saiz meatball itu yang sama dengan duit syiling 10 sen membuatkan wanita itu berasa makanan yang dipesan sangat tidak berbaloi. Selain itu, saiz ayam untuk chicken chop yang turut dipesan bersama juga sangat mengecewakan.
Tambah wanita itu, dia telah menghabiskan RM53 ringgit untuk makanan di sana tapi ini pula yang dapat. Berbaloi ke?
https://www.tiktok.com/@bbydlza/video/7071153020964310298?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052513906526406145
@bbydlza sedih betul π #fyp #fypγ· β¬ original sound – Β°Λβ§βππͺπΆπ²πͺββ§ΛΒ°
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut terkejut melihat saiz hidangan yang telah dipesan oleh wanita itu.Tambah mereka, selain mahal, ada restoran lain yang lebih bagus dan berbaloi dari sana.
Walaupun harga barangan tinggi sekarang ini, peniaga seharusnya tidak mengambil kesempatan dan menyediakan hidangan sebegini. Perlu sentiasa jujur dan hidangan yang dijual perlu berbaloi dengan harga mahal yang telah dibayar oleh pelanggan.
Kredit: TikTok bbydlza