Adat makan menggunakan tangan sudah lama diamalkan, terutamanya di kalangan masyarakat Melayu dan India. Oleh itu, mana-mana restoran atau tempat makan akan menyediakan tempat membasuh tangan untuk pelanggan.
Selain menyediakan singki, segelintir restoran yang mengamalkan konsep tradisi budaya Malaysia akan menyediakan bekas dan air membasuh tangan di meja makan. Tapi hati-hati sebelum membasuh tangan takut kalau tersalah guna nanti anda pula yang malu!
Pengalaman tersebut telah dikongsikan oleh kamiliaafiqaahh menerusi sebuah video yang telah dimuat naik olehnya di laman TikTok.
Ceritanya, wanita itu telah mengunjungi sebuah restoran konsep Baba Nyonya bagi menikmati beberapa hidangan seperti Nasi Ayam Hainan dan minuman teh bunga.
Semasa seronok menikmati nasi menggunakan tangan untuk menyuap diri sendiri, wanita itu terus mencelupkan jari pada besen air yang disediakan untuk membasuh tangannya.
Tapi selang beberapa saat, baru lah dia menyedari bahawa bekas air tersebut sebenarnya untuk dua biji cawan yang disediakan bagi menuangkan teh bunga yang telah dipesannya.
Barangkali sudah terbiasa dengan cara dahulu di kampung, wanita itu hanya mampu mengelakkan diri sendiri gara-gara malu.
@keymihotfm Ibu, nok balik.
@kamiliaafiqahhIbu, nok balik.♬ Funny Song – Cavendish Music
Meninjau di ruangan komen pula, orang ramai yang menonton gelagat wanita itu berasa terkejut dan ada juga yang terhibur. “Kita orang kampung, pantang nampak air begitu memang celup je!”, gelak seorang pengguna.
Lain kali sebelum nak basuh tangan, kena tengok betul-betul, tak pasal-pasal pula kita yang akhirnya perlu menanggung malu, kan? Nasib baik lah restoran itu tidak mempunyai begitu ramai pelanggan ketika itu.
Kredit: kamiliaafiqahh
Baca Juga: Selamba Hirup Sos Tomato Depan Kawan-Kawan, Satu Meja Pelik Tengok Perangai Lelaki Ini