Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Sepinggan Nasi Putih Dengan Sambal Belacan Goreng Wajib Cuba Resepi Yang Dikongsikan Wanita Ini! Ringkas Dan Padu!

Sepinggan Nasi Putih Dengan Sambal Belacan Goreng Wajib Cuba Resepi Yang Dikongsikan Wanita Ini! Ringkas Dan Padu!

Kategori: ,
SAMBAL BELACAN GORENG

Sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia menikmati sepinggan nasi bersama dengan pelbagai aneka lauk-pauk di waktu tengah hari. Tambah lagi dengan sambal belacan goreng yang membangkitkan selera, memang padu.

Kalau anda penggemar makanan yang pedas, wajib gaulkan sepinggan nasi yang panas-panas bersama dengan sambal belacan goreng! Sangat sesuai untuk dinikmati dengan ulam-ulaman dan ikan goreng. Makan secara ringkas macam itu pun tetap puas hati.

Sambal belacan ini sudah menjadi sebahagian daripada masakan orang Melayu yang sangat digemari sejak dahulu lagi oleh seluruh rakyat Malaysia, tak mengira bangsa atau agama.

Nak mencuba sambal belacan goreng? Jom cuba perkongsian resepi sambal belacan goreng dari Ani Zam di Facebook ini.

Resepi Sambal Belacan Goreng

Bahan-Bahan

  1. 3 biji cili besar
  2. 15 biji cili padi
  3. 3 biji tomato
  4. 3 biji bawang merah
  5. Sedikit belacan
  6. Garam dan gula
  7. 5 biji limau kasturi (perah dan ambil airnya)

Langkah-Langkah Menyediakan

  1. Goreng semua bahan (kecuali limau kasturi) dengan menggunakan sedikit minyak hingga layu.
  2. Kemudian kisar bahan-bahan tersebut.
  3. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak, perasakan dengan garam dan gula.
  4. Akhir sekali, perahkan air limau kasturi dan kacau seketika. Tutup api dan siap.

Sangat mudah, kan? Tak perlukan bahan-bahan yang banyak, cuma beberapa saja bahan yang sudah tersedia di dapur. Dapat lah jimat duit, tak perlu beli. Buat sendiri pun lebih bagus.

Jangan lupa untuk cuba resepi ini sekarang. Kongsikan pada kawan-kawan yang gemar dengan sambal belacan. Wajib untuk mereka cuba.

Kredit: Ani Zam

Baca Juga: Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Yang Super Duper Sedap, Sesuai Untuk Makan Malam Dan Tengahari

tags: