Biasanya, kita hanya mendengar sambal geprek dimakan bersama nasi putih dan ayam goreng yang dikenali sebagai Nasi Ayam Geprek.
Tetapi untuk perkongsian kali ini, Min ingin kongsikan resipi yang sangat sedap dan boleh buat kecur air liur walau dengan hanya melihatnya.
Nak tahu apa? Haaa ini resipi Sambal Bilis Geprek yang memang ngam rasanya. Jom kita ikuti resipi oleh Neny Lai Han. Katanya Sambal Bilis Geprek ini memang menjadi kegemaran anak dan suaminya. Untuk pastikan ikan bilis dalam sambal kekal rangup, ada juga cara yang dikongsi.
Hidangan Pembuka Selera, Ini Resipi Sambal Bilis Geprek Pedas Menyengat. Rasanya Memang Ngam!
Bahan-bahan:
- 2 genggam ikan bilis halus – basuh, tos dan goreng garing.
- garam, gula, serbuk perasa
- kicap pedas Ikhwan
- 1 labu bawang besar
Bahan Tumbuk:
- Seganggam cili api kampung – ikut tahap kepedasan sendiri
- 5 tangkai cili hijau
- 4 tangkai cili merah
- 4 ulas bawang putih
- sedikit belacan bakar
- 1 sudu kecil udang kering
Cara Penyediaan:
- Tumis bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sampai pecah minyak. Kemudian hiriskan bawang besar dan tumis sampai layu.
- Perasakan sambal dengan gula, serbuk perasa. Renjiskan juga kicap pedas. Kacau sebati kemudian matikan api. Biarkan seketika sambal dalam kuali.
- Bila sambal dah agak suam-suam, masukkan bilis yang sudah digoreng tadi. Gaul sebati. Ikan biliis jangan gaul dengan sambal yang masih panas kerana ikan bilis akan jadi lemau, tak rangup.
- Siap untuk dihidang. Nak makan ratah boleh, nak makan dengan nasi boleh. Ikutlah selera anda.
Semoga perkongsian Sambal Bilis Geprek ini bermanfaat buat semua. Selamat makan dan menikmati.
Sumber: Neny Lai Han
Baca juga: Resipi Kerabu Epal Hijau, Sesuai Untuk Turunkan Berat Badan. Mana Yang Nak Amalkan Gaya Hidup Sihat, Harus Try!