Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Jom Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Masak Macam Ni Memang Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Jom Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Masak Macam Ni Memang Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Kategori: ,
sambal tomato ikan bilis goreng

Kalau korang dah jemu dengan sambal bilis biasa seperti sambal bilis cili padi, sambal bilis kering, sambal bilis rangup, korang kena cuba sambal tomato ikan bilis goreng.

Rasanya memang sedap. Nak makan dengan nasi atau ratah, kedua-dua menggiurkan. Selain itu kalau korang nak makan dengan hidangan berkuah seperti lontong pun best!

Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Tengku Roselyza Raja Muhammad ini.

Jom Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng, Masak Macam Ni Memang Sedap Makan Dengan Nasi Panas

Bahan-Bahan Digoreng:

  • 1/2 mangkuk ikan bilis (guna mangkuk gulai)
  • 1 inci belacan
  • minyak sikit untuk goreng

Bahan Ditumbuk Kasar:

  • 4 biji cili merah dipotong kasar
  • 2 biji tomato dipotong 8
  • 5 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih

Bahan-Bahan Lain:

  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula (ikut cita rasa)
  • 1 inci gula melaka

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan digoreng. Goreng hingga masak dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, kemudian tumis bahan yang sudah ditumbuk kasar. Kacau rata minyak terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan ikan bilis dan belacan yang telah digoreng tadi. Gaul rata. Masukkan pula gula melaka tadi, biarkan sampai hancur. Baru masukkan garam dan gula. Rasa dan tambah apa yang patut jika kurang.

Siap sudah sambal tomato ikan bilis goreng makan dengan nasi putih ataupun ratah sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba dan merasai!

Sumber: Tengku Roselyza Raja Muhammad

Baca juga: Cara Simpan Ubi Kentang Agar Tahan Lama & Elak Bertunas Awal. Kekal Elok Walau Dah 2 Bulan!

tags: | |