Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sambil Makan Di Gerai Sambil Menikmati Keindahan Air Terjun, Gelagat Sekumpulan Lelaki Ini Teruskan Makan Walhal Keadaan Sekeliling ‘Disaster’

Sambil Makan Di Gerai Sambil Menikmati Keindahan Air Terjun, Gelagat Sekumpulan Lelaki Ini Teruskan Makan Walhal Keadaan Sekeliling ‘Disaster’

Kategori:

Banyak kita dengar sebelum ini kejadian apabila kedai makan dimasuki air banjir, ditiup angin kuat dan banyak lagi. Tapi rakyat kita mahupun orang asia yang lain masih kekal tenang sambil makan hidangan yang telah dipesan di kedai makan.

Sama seperti situasi di dalam video ini, apabila mereka menikmati sahaja ‘disaster’ yang berlaku. Walhal ketika itu, sekitar kedai makan itu persis seperti air terjun.

Sambil Makan Di Gerai Sambil Menikmati Keindahan Air Terjun, Gelagat Sekumpulan Lelaki Ini Teruskan Makan Walhal Keadaan Sekeliling ‘Disaster’

Kejadian kelakar ini dikongsikan oleh bobieee991 di laman media sosial beliau TikTok. Beliau memberitahu bahawa video tersebut beliau ambil daripada orang lain juga dan muatnaikkannya sendiri di akaun beliau.

Dapat dilihat bahawa kejadian ini berlaku di Negara Jiran kita iaitu Indonesia.

air terjun

Kelihatan dua pemuda ini dan salah seorangnya ‘rider’ grab sedang menikmati makanannya sambil menikmati suasana air terjun. Mungkin beliau berfikir, mereka juga tidak mampu buat apa-apa. Jadi, mereka makan sahaja asalkan perut kenyang hati senang.

air terjun

Walaupun keadaan sekeliling menunjukkan bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bertenang. Bila-bila masa sahaja gerai tersebut boleh roboh kerana air terjun tersebut bak kepala air datang dengan arus yang laju.

@bobieeee991

bukan gambar saya… walaupon air banjir laju.. sapedek tetap sapedek.. hahahah perut kena kenyang #jbstyle #grabjb #fly #fyp

♬ original sound – Noor Adi Izzuddin – Noor Adi Izzuddin

@bobieeee991 bukan gambar saya… walaupon air banjir laju.. sapedek tetap sapedek.. hahahah perut kena kenyang #jbstyle #grabjb #fly #fyp ♬ original sound – Noor Adi Izzuddin

Lantak Lah, Janji Perut Kenyang

Meninjau di ruangan komen, ramai yang berpendapat bahawa tempat ini bakal viral kerana jarang-jarang kedai makan buat di tepi air terjun. Padahal itu adalah air banjir.

air terjun air terjun air terjun air terjun

Walaupun anda rasa selamat, hati-hati juga kerana perkara ini tidak boleh dijangka dan risau jika terjadi apa-apa kepada kita. Tidak boleh dibawa main apatah lagi jika ada anak-anak kecil di kawasan itu kerana tidak mahu ada kemalangan jiwa berlaku.

Berhati-hati ya semua!

Kredit: bobieee991

Baca Juga: Mula Dengan Kitar Semula Sampah, Lelaki Ini Selalu Dapat Bersedekah Subuh Di Masjid, Ini Ceritanya..

tags: | |