Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bunyi Pelik Tapi Bila Cuba Sangat Padu! Ini Resepi Sambal Belacan Manggis! Pedas Dan Manis!

Bunyi Pelik Tapi Bila Cuba Sangat Padu! Ini Resepi Sambal Belacan Manggis! Pedas Dan Manis!

Kategori: ,
sambal belacan manggis

Pada musim buah ini, ramai yang tercari-cari buah manggis kerana ianya sangat manis dan sedap untuk dimakan begitu saja. Namun, ada juga beberapa resepi yang anda boleh cuba dengan buah ini.

Bukan saja sebagai jus dan pecuci mulut, buah manggis juga boleh dijadikan sambal belacan! Terkejut, kan? Bunyi pelik tapi seorang pengguna Facebook iaitu Jamaliah Shariff mengatakan resepi sambal belacan manggis yang dikongsinya sangat sedap! Rugi kalau tak cuba, sekali anda cuba mesti teringat dekat kampung halaman.

Ha! Kalau anda rasa berminat nak cuba, bacalah resepi ini.

Resepi Sambal Belacan Manggis

Bahan-Bahan

  • 2 atau 3 biji buah manggis
  • Belacan sebesar ibu jari (nak lebih sikit pun boleh)
  • 1/2 sudu bsar gula siam (nisan). Kalau tiada, boleh gantikan dengan gula merah atau gula biasa
  • Cili padi hijau dan merah, 8 hingga 10 biji
  • Cili merah, 3 hingga 4 biji (ikut saiz)
  • Limau kasturi, 2 biji ambil air saja
  • 1/2 sudu teh Maggi Secukup Rasa (beli dekat sini)

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk semua bahan kecuali buah manggis.
  2. Tumbuk jangan terlalu halus. Kemudian, picit-picit buah manggis dan gaul ke dalam sambal belacan tadi. Masukkan serbuk Secukup Rasa. Agak-agak dan ikut citarasa anda.
  3. Jika anda sukakan manis, anda boleh juga lebihkan gula.

sambal belacan manggis

Walaupun bunyi pelik, tak salah pun jika kita cuba resepi ini. Mana lah tau, takut kena ke dengan selera. Korang boleh juga mencuba sambal ini dengan ikan goreng dan sepinggan nasi putih yang panas-panas. Memang padu dan berselera.

Peminat sambal belacan, korang wajib cuba resepi sambal belacan manggis ini. Jangan terkejut pulak kalau nanti ada sambal belacan cempedak tau.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan resepi ini.

Kredit: Jamaliah Shariff

Baca Juga: Cempedak Goreng Masih Lagi Rangup & Sedap Walaupun Dah Sejuk, Ini Tipsnya Yang Mudah!

 

tags: |