Sempena Ramadan tahun ini, orang ramai mengambil peluang untuk mencari rezeki sampingan dengan membuka gerai kecil dan meniaga di Bazar Ramadan dan sekitar jalan raya. Orang ramai juga dapat membeli pelbagai hidangan yang dijual untuk berbuka.
Namun bila meniaga, sudah tentu kita akan diuji dengan pelbagai hal. Ada kalanya jualan kita tidak akan laku. Tak ingin rugi, pelbagai cara dilakukan bagi menghabiskan jualan. Malah ada segelintir peniaga yang sanggup meniaga lagi selepas waktu berbuka bagi mencari rezeki lebihan. Hal tersebut membuat orang ramai berasa bersimpati bila dilihat.
Terbaharu, seorang lelaki terserempak dengan seorang peniaga yang sibuk menjual roti john ketika hujan sangat lebat di luar. Walaupun keadaan cuaca tidak begitu baik, peniaga tersebut tetap gigih sahaja menghabiskan jualannya sebelum berbuka puasa.
Cuba menjual roti john yang baru dimasak pada pengguna jalan raya yang akan berhenti pada lampu isyarat, peniaga itu sanggup meredah hujan lebat demi mencari rezeki yang halal.
Melihat keadaan peniaga tersebut, lelaki itu turut berasa bersimpati dengan nasib peniaga itu. Namun ada juga terselit rasa kagum dengan kegigihannya. Dia turut menggesa orang ramai untuk menyokong perniagaan peniaga itu yang terletak di lampu isyarat Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah.
https://www.tiktok.com/@farisstan/video/7083072546492534042?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@farisstan Support abang ni jual roti john hujan hujan pon tibai. Location: Traffic Light Jalan Datuk Kumbar #fyp #alorsetar #stan ♬ Penantian – bigboss
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut berasa sebak bila melihat keadaan peniaga itu. Sanggup menjual dalam cuaca sebegitu, mereka turut mendoakan agar dia terus dimurahkan rezeki dan berada dalam keadaan yang selamat.
Setiap insan akan diuji apabila sedang mencari rezeki. Yang penting kita tetap usaha dan redha untuk mengusahakannya. Semoga peniaga itu tetap tabah dan bagi anda yang tinggal berdekatan dengan lokasi jualannya, apa salahnya jika anda ke sana untuk menyokong perniagaannya.
Kredit: farisstan
Baca Juga: Anak Tak Lalu Makan, Wanita Ini Kecewa Bila Terbeli Ayam Percik Mentah & Masin Di Bazar Ramadan