Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sanggup Tolak Tawaran Sambung Belajar Kerana Lebih Utamakan 7 Orang Adik & Nenek Terlantar Sakit, Buat Ibu Remaja Ini Duduk Terdiam

Sanggup Tolak Tawaran Sambung Belajar Kerana Lebih Utamakan 7 Orang Adik & Nenek Terlantar Sakit, Buat Ibu Remaja Ini Duduk Terdiam

Kategori:

Semua impian para pelajar untuk menyambungkan pelajaran di sebuah sekolah yang terkemuka di Malaysia. Bukan itu sahaja, ia juga memberi jalan yang mudah untuk kita dapat capai cita-cita yang kita impikan.

Seperti remaja ini, sanggup tolak tawaran sambung belajar di Kolej Vokasional kerana ingin menabur bakti untuk menjaga 7 orang adik dan juga nenek yang terlantar sakit.

Sanggup Tolak Tawaran Sambung Belajar Kerana Lebih Utamakan 7 Orang Adik & Nenek Terlantar Sakit, Buat Ibu Remaja Ini Duduk Terdiam

Kisah penuh pengajaran ini dikongsikan oleh ibu remaja itu sendiri di TikTok beliau dan membuatkan netizen memuji sikap mulia beliau.

Remaja ini bernama Nur Faieza Farisa Mohd Fariduddin Fawwaz yang juga merupakan anak sulong dari 7 orang adik beradik dan juga mempunyai seorang nenek yang sedang terlantar sakit. Itu adalah sebab mengapa beliau menolak tawaran sambung belajar demi keluarganya.

sambung belajar

Beliau ditawarkan untuk menyambungkan pelajaran Tingkatan Empat dalam bidang Teknologi Automatif di Kolej Vokasional Tanjung Puteri. Tidak semua orang seperti remaja ini yang sanggup berkorban demi keluarganya.

Ketika baru sahaja keluar keputusan itu, beliau terus bertanya kepada ibunya dengan mengatakan siapa yang akan uruskan nenek beliau dan siapa juga akan uruskan adik-adiknya? Begitu ambil beratnya beliau dengan risaukan keluarga berbanding diri sendiri.

Sifat Anak Sulong Bertanggungjawab

Sifat seorang anak sulong yang sangat bertanggungjawab wajar dipuji dan dijadikan contoh untuk semua masyarakat di Malaysia. Selain itu, wajar juga dipuji untuk ibu bapa mereka kerana bijak mengajar anak mereka untuk menjadi seorang anak yang bertanggungjawab.

sambung belajar

Remaja ini juga meminta izin dahulu dengan ibu bapanya untuk sebelum menjawab peperiksaan kemasukan ke kolej vokasional. Namun selepas menjawab peperiksaan tersebut, beliau terus memberitahu bahawa tidak mahu pula untuk masuk ke situ namun tidak memberitahu mengapa.

Faieza Farisa mendapat panggilan temuduga namun tetapi berkeras untuk tidak pergi jika diterima. Sambil memberitahu, siapa yang akan jaga adik-adiknya dan nenek beliau yang sakit?

sambung belajar

Ibu beliau memuji sikap anak sulongnya itu kerana beliau sangat bertanggungjawab dan tidak pernah putus asa dengan segala masalah yang dihadapi oleh beliau. Tidak pernah sekali mengadu letih mahupun merungut ketika membantu keluarganya berniaga atau mengambil alih tugas ibu bapanya.

Tapi, ibu mana yang tak mahu melihat anaknya menyambung pelajaran tambahan pula anak sulong yang boleh menjadi anak pertama sebagai lambang kebanggaan mereka sekeluarga. Nenek beliau juga memujuk beliau untuk menyambungkan pelajaran dan usah risau akan akan keadaan di rumah.

sambung belajar

Anak sulong beliau menerima tawaran kolej itu dan mendaftar masuk pada 27 Mac ini. Dia melepaskan rasa lega dan syukur kerana ramai yang mengucapkan terima kasih kepada semua netizen yang tidak putus memberi kata-kata semangat.

Beliau juga berharap, dengan kisah ini dapat memberi pengajaran dan nilai-nilai murni kepada semua masyarakat Malaysia dan memberi semangat kepada pelajar-pelajar di luar sana.

Kredit: mStar

Baca Juga: Peniaga Pisang Goreng ‘Biasa-Biasa’ Kini Mampu Jual 70Kg Pisang Tak Sampai 3 Jam, Dapat Tawaran Model & Jadi Juruterbang

tags: | |