Apabila di dapur, wujud pelbagai risiko yang boleh mendatangkan situasi yang berbahaya. Jika tidak berhati-hati, banyak perkara yang tidak diingini akan berlaku. Seeloknya kita sentiasa peka, meskipun sudah ‘terbiasa’ di dapur.
Penggunaan peralatan dapur ada caranya tersendiri. Sama seperti bahan-bahan dapur, peralatan juga mempunyai ‘pantang larang’. Jika tersalah guna, disitulah wujudnya bahaya.
Di laman Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kekecewaannya setelah tudung kaca periuknya didapati pecah berderai setelah digunakan untuk menutup lauk yang masih panas.
Tambahnya bukan sahaja tudung periuk, tapi tomyam yang dimasak turut ‘rosak’ kerana mempunyai serpihan kaca setelah kaca tudung tersebut telah pecah berderai ketika digunakan. Tak pernah berlaku, wanita itu tidak dapat menahan diri dari berasa kecewa dengan apa yang terjadi.
Habis seperiuk tomyam sis x tau pulak x boleh tutup klau masakan masih panas sebelum ni tutup ok ja…
Di ruangan komen, warganet menasihati agar orang ramai lebih berhati-hati ketika membeli apa jua peralatan dapur, termasuklah periuk. Seeloknya beli yang berkualiti, tahan lasak dan dari jenama dipercayai, harga yang mahal dapat menjaminkan keselamatan.
Kejadian itu bukan sahaja membahayakan, malah merugikan bagi wanita itu. Bukan sahaja tudung periuk yang pecah, tapi tomyam juga terpaksa dibuang. Tiada periuk, tiada tomyam. Sedihnya lahai.
Tak mengapa, mungkin perkara malang yang terjadi ada hikmahnya. Hilang satu rezeki, mungkin akan digantikan dengan yang lebih elok. Yang penting tiada siapa yang tercedera dari kejadian tersebut.
Semoga jadi pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati ketika di dapur.
Kredit: Amyra Yaya via MATJHN OFFICIAL