Aidilfitri pada tahun ini bakal menjelma tidak lama lagi. Orang ramai juga sudah mula membuat biskut untuk dijadikan juadah pada Hari Raya nanti.
Biskut raya sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia setiap kali Aidilfitri. Pelbagai aneka jenis kuih raya ada dijual di pasaraya. Tak kurang juga, ramai yang mengambil peluang untuk membuat sendiri aneka biskut raya.
Semperit kayangan lotus biscoff di antara salah satu biskut yang top pada tahun 2021. Jika ada yang mahu cuba membuatnya, jom lihat resipi perkongsian oleh Azlina Ina Fans di bawah.
Resipi Semperit Kayangan Lotus Biscoff
Bahan-bahan:
- 1 cawan marjerin
- 1/2 cawan susu pekat
- 3 sb lotus spread
- 1/2 cawan tepung kastad
- 3 cawan tepung jagung
- Biskut lotus untuk hiasan
- Caramel chip
Cara-cara:
- Dalam bekas, satukan marjerin, susu pekat dan lotus spread. Kacau sebati. Kemudian masukkan tepung kastad.
- Masukkan juga tepung jagung sedikit demi sedikit. Uli sehingga mendapat doh yang lembut.
- Tekan adunan menggunakan acuan semperit.
- Lengkukkan sedikit pada bahagian tengah menggunakan jari kelingking.
- Masukkan lotus spread ke dalam piping beg dan picitkan sedikit di atas biskut.
- Tabur sedikit biskut lotus yang sudah dihancurkan dan hiaskan dengan caramel chip.
- Panaskan oven pada suhu 160 celcius selama 5 minit. Kemudian baru masukkan biskut dan bakar pada suhu 170 celcius selama 25 minit.
- Selamat mencuba!