Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dia Macam Tengah Menahan Sakit..” Seram Melihat Rupa Ubi Kayu Yang Baru Saja Ingin Dimasak, Rupa-Rupanya..

“Dia Macam Tengah Menahan Sakit..” Seram Melihat Rupa Ubi Kayu Yang Baru Saja Ingin Dimasak, Rupa-Rupanya..

Kategori:
RUPA UBI KAYU

Orang dahulu gemar makan ubi kayu. Jika tiada beras di dapur, maka ubi kayu menjadi ganti. Tinggi dengan karbohidrat, ia sangat enak direbus dengan begitu sahaja.

Selalunya ubi kayu ini tahan bila disimpan dengan elok dan boleh dimakan pada bila-bila masa. Namun, seperti mana-mana bahan dapur, ia akan cepat rosak jika tidak dijaga sebaik mungkin. Seeloknya anda perlu tahu cara menyimpannya agar ia tidak terdedah pada kuman-kuman dan haiwan perosak.

Rupa Ubi Kayu Yang Menyeramkan

Di laman Facebook, seorang wanita, MizzFwi Farah, memuat naik sebuah gambar dan berkongsi rupa ubi kayu yang baru sahaja ingin dimasak olehnya.

Namun, hairan dengan rupa dua potongan ubi kayu itu yang kelihatan lain dan seperti berakar, wanita itu berasa pelik dan ragu-ragu. Tak jadi masak kerana nampak menyeramkan, wanita itu mengatakan bahawa rupa ubi kayu itu seperti sedang menahan sakit oleh kerana warnanya yang pucat dan jalur akarnya yang kebiruan.

Assalammualaikum.. Selamat pagi.. Kenapakah ubi yg dua tu berakar? Normal ke tidak? Boleh dimakan ke tidak? Seram pulak menengoknyer, dia mcm tengah menahan sakit.

RUPA UBI KAYU

Perkara Itu Terjadi Kerana..

Menjengah di ruangan komen, warganet turut berkongsi pandangan masing-masing. Nampak pelik, rupa-rupanya perkara itu terjadi kerana atas beberapa sebab. RUPA UBI KAYU

Dah Tak Sedap Dah..

Malah, oleh kerana ubi itu sudah terdedah pada udara dan sudah lama, ia sudah tak enak untuk dimakan. Ada juga yang menasihatkannya untuk buang sahaja. RUPA UBI KAYU

Seeloknya jika anda penggemar ubi kayu, jangan biarkan ia terdedah pada udara terlalu lama setelah dikupas. Bila berbuat begitu, pasti perkara ini akan terjadi. Sekali tengok dah seperti zombi ubi kayu sudah.

Kredit: MizzFwi Farah via MATJHN

Baca Juga: Lelaki Ini Basuh Siput Babi Untuk Dimasak, Orang Ramai Nasihat Supaya Jangan Dimakan

tags: