Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terlalu Seronok Nak Bercuti Sehingga Lupa Nak Kemas Dapur, Wanita Ini Loya Bila Intai Dalam Periuk Nasi

Terlalu Seronok Nak Bercuti Sehingga Lupa Nak Kemas Dapur, Wanita Ini Loya Bila Intai Dalam Periuk Nasi

Kategori:
seronok bercuti

Sempena cuti Tahun Baru Cina yang lepas, ramai yang telah berkunjung ke luar negeri untuk bercuti bersama keluarga. Setelah sekian lama tidak dapat pulang ke kampung dan bersiar-siar, perkara itu sangat dinantikan.

Ketika mood dan hati sudah ke laut oleh kerana terlalu teruja untuk bercuti, macam-macam hal boleh terlupa. Sebelum ingin meninggalkan rumah, pastikan pintu dikunci dengan baik dan makanan dikemaskan bagi memastikan rumah anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur. Jika tidak, anda akan menyesali hal tersebut.

Seronok Bercuti Sehingga Lupa Nak Kemas Betul-Betul

Terbaru, seorang wanita yang baru sahaja pulang dari percutiannya sempena cuti Tahun Baru Cina telah dikejutkan dengan penemuan yang menjijikkan dalam periuk nasinya di rumah.

Dikongsikan menerusi akaunnya, _yuhai_, di laman TikTok, wanita tersebut menjengah ke periuk nasi yang lupa untuk dikemaskan sebelum bercuti. Namun kerana terlalu leka dan menghayati percutian yang akan datang, dia telah lupa untuk membuang nasi yang ada dalam periuk sebelum berangkat.

Bila diintai, nasi tersebut telah basi dan dipenuhi kulat. Hal tersebut boleh buat sesiapa sahaja berasa loya bila melihat dan terbau baunya. Terlalu lalai, wanita itu menyesali sikapnya yang mudah lewa. seronok bercuti

@__yuna__yun

Mcmana boleh terlupa ni 🤦🏻‍♀️

♬ damn my video is viral – bb👸🏻💋

@_yuhai_Mcmana boleh terlupa ni 🤦🏻‍♀️♬ suono originale – I.fell.inlove.with.your.mother

Menjengah di ruangan komen, warganet turut berasa geli melihat perkara tersebut. Malah, ada juga yang mencadangkan wanita itu untuk membuang periuk nasi tersebut bagi menggelakkan risiko keracunan yang mungkin terjadi sekiranya masih menggunakannya.

Gelinya! seronok bercuti seronok bercuti seronok bercuti

Lain kali bila ingin keluar rumah dan bercuti, pastikan anda memeriksa keadaan rumah. Buang semua sisa makanan dan bersihkan peralatan dapur untuk mengelakkannya dari dicemari dan masih lagi boleh digunakan.

Kredit: TikTok _yuhai_

Baca Juga: 2 Ribu Restoran Mamak Seluruh Negara Terpaksa Gulung Tikar & Ditutup, Ini Rupanya Sebabnya..

 

tags: |