Semakin hari orang ramai makin gemar makan secara shellout. Bagi yang tak tahu, shellout sudah tidak asing lagi. Malah di mana-mana sahaja ia boleh didapati.
Dengan pelbagai makanan laut seperti ketam, sotong, udang, lala dan sebagainya dimasak dalam kuah buttermilk, antara tarikan shellout juga ialah ia dihidangkan di atas meja yang telah dilapik dengan plastik dan dinikmati bersama nasi putih.
Enak dimakan ramai-ramai, terdapat beberapa variasi shellout yang telah diperkenalkan tapi yang dikongsikan oleh lelaki ini tentunya lain dari yang lain.
Bulan puasa juga menjadi peluang yang bagus untuk menikmati shellout bersama kawan-kawan. Oleh itu, seorang lelaki bersama kawan-kawannya merancang untuk menyediakan shellout untuk berbuka puasa.
Namun begitu, shellout yang disediakan adalah sangat berbeza dari yang biasa. Selalunya untuk shellout orang lain akan menyediakan pelbagai makanan laut bersama kuah buttermilk tapi lain pula yang dilakukan oleh mereka.
Menghamparkan plastik di atas meja, mereka kemudiannya menuang beberapa kentang goreng McDonald’s untuk dijadikan shellout McD. Tak cukup dengan itu, ada juga beberapa ketul ayam goreng, burger dan nasi lemak untuk dimakan bersama.
Nampak sungguh menyelerakan, nampaknya shellout ini sangat unik dan lain dari yang lain.
https://www.tiktok.com/@aufaaisan/video/7091624907460594970?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7014289098874471937
@aufaaisanajak la kawan kawan makan ni 🫠♬ Dj Marhaban Ya Ramadhan Viral – Ratu Dugem
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai ‘cemburu’ melihat pelbagai hidangan McD yang ada dan suasana riang mereka. Ada juga yang rasa ingin cuba.
Nampaknya setiap orang mempunyai versi shellout masing-masing tapi siapa sahaja yang tak suka kalau dapat makan shellout McD, kan? Tentunya sangat sedap dan lain dari yang lain. Jadi anda juga boleh mencubanya di rumah nanti.
Kredit: aufaaisan
Baca Juga: Peniaga Rugi RM800 Gara-Gara Gerai Air Balang Miliknya Kena Rempuh Dengan Motosikal