Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Seronok Terima Layanan Elok Dan Penuh Beradab Oleh Peniaga, Teringat Pula Pada Zaman Kecil Dahulu

Seronok Terima Layanan Elok Dan Penuh Beradab Oleh Peniaga, Teringat Pula Pada Zaman Kecil Dahulu

Kategori:
layanan elok

Setiap pelanggan mahukan yang terbaik. Bukan sahaja hidangan perlu lah enak dan kena dengan selera, tapi mereka juga mengharapkan layanan yang terbaik oleh pekerja dan peniaga kedai makan.

Jika dilihat sekarang, ramai pelanggan menjadi mangsa perkhidmatan dan servis buruk oleh para peniaga. Namun begitu, ada juga beberapa peniaga yang bertanggungjawab dan setia menyambut pelanggan dengan baik. Malah layanan yang baik boleh buat sesiapa sahaja berasa selesa.

Dilayan Elok, Pelanggan Teringat Pula Pada..

Di laman TikTok, seorang pengguna, ummu.shafiyah, memuat naik sebuah video yang memaparkan gelagat peniaga yang memberi layanan elok pada mereka.

Meskipun sebuah warung biasa dan kecil, terletak di kawasan desa, mereka kelihatan berselera setelah dihidang roti canai. Malah, peniaga tersebut melayani mereka dengan baik seperti cucu sendiri. Teringat pula ketika kecil waktu makan-makan bersama datuk dan nenek.

Layanan itu umpama meningkatkan selera mereka, roti canai itu pun tampak enak!

https://www.tiktok.com/@ummu.shafiyah/video/7032212444915289371?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8ONY9SyuFS%2BLfAFFVSI5G0Ps0EQQim6vLmpDJVI4r8BTVsXMFPxh58neszPPekEdL6Xz1ERMebVpx%2BA1fGgA%3D&checksum=d4be8172b098dc0e7c40108ac3dc493b12a0b030f54c89eaa07ec0b3b5940e5f&language=en&mid=7027703858671487771&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7032212444915289371&share_link_id=9c305f01-23ad-428b-a38b-b14345e9d370&source=h5_t&timestamp=1637555024&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@ummu.shafiyahTidak Rugi Jika Kita Menjaga Adab ✔️ ##fyp♬ Buah Jadi Permadani Cover – ns78_officiall

Kedai Sebegini Sentiasa Beri Layanan Elok

Menjengah di ruangan komen, ada beberapa warganet turut berkongsi bahawa mereka juga gemar ke warung dan kedai makan yang kecil kerana layanannya mengalahkan mana-mana restoran. LAYANAN ELOK

Mungkin Teringat Pada Cucu

Malah, ada yang menambah bahawa layanan elok oleh peniaga itu mungkin kerana dia mengenangkan pada cucu yang jauh dari mata. LAYANAN ELOK

Bagusnya bila kita sebagai seorang pelanggan dan mendapat layanan elok sebegini. Rasa senang sahaja hati untuk menyokong perniagaan sebegini, kan?

Semoga layanan peniaga itu juga dibalas baik. Adat dalam meniaga ini, bila kita gembirakan pelanggan, mesti Tuhan akan membalas dengan rezeki seluasnya.

Kredit: TikTok ummu.shafiyah

Baca Juga:  “Saya Dah Cakap Jangan Buat Tapi..” Sebak Melihat Pak Cik Ini Gigih Membersih, Bila Cuba Pujuk Lain Pula..

tags: