Kenaikkan harga barangan yang semakin meningkat telah menjejaskan semua pihak. Bukan sahaja makanan dan minuman, malah harga peralatan turut lebih mahal dari sebelum ini.
Antara golongan yang terkesan adalah para ibu bapa yang terpaksa berjimat-cermat dan mengawal perbelanjaan mereka. Hakikatnya ramai di antara mereka yang tersempit dan tak mampu menghabiskan wang pada pelbagai gadget canggih.
Seperti wanita ini yang tak berkemampuan untuk menghabiskan ratusan ringgit pada mesin sterilizer botol susu anak, akhirnya dia kongsi cara lain yang kian dilupakan orang ramai.
Mempunyai anak yang masih kecil dan perlu diberi susu, nurrasyidahmohdzainon mempunyai beberapa biji botol susu di dalam rumah yang perlu sentiasa dibersihkan.
Umum tahu bahawa botol susu anak-anak perlu sentiasa di sterrlize bagi menggelakkan pembiakan bakteria. Oleh itu, mesin sterilizer botol susu amat penting dan perlu ada.
Namun memandangkan harganya boleh mencecah ratusan ringgit, wanita itu memilih untuk berjimat dengan tidak menggunakannya. Tak ingin mengabaikan kebersihan botol susu yang digunakan anak-anak, dia teringat pula cara lama yang digunakan orang dahulu.
Mengambil satu periuk besar dan mendidihkan air di atas dapur, dia meletakkan botol susu anak dalam periuk tersebut dan mebersihkannya dengan cara begini.
Meskipun sedang dididih, botol susu tersebut kelihatan elok dan belum lagi retak.
@nurrasyidahmohdzainon Nak beli bottle sterilized❌ Rebus dengan air panas menggelegak✅ pakai cara kita pun okayyy. #foryoupage #baby #babylove #avent #fyp
@nurrasyidahmohdzainon Nak beli bottle sterilized❌ Rebus dengan air panas menggelegak✅ pakai cara kita pun okayyy. #foryoupage #baby #babylove #avent #fyp ♬ Это любовь – Амирчик
Di ruangan komen, orang ramai turut kagum dengan cara yang digunakan dahulu. Merupakan teknik yang sering digunakan oleh orang dahulu, ia sekarang sudah makin jarang digunakan.
Menurut pengguna Nena25, dia turut pening bila melihat pelbagai teknologi baharu yang dicipta. Terlampau mahal, dia berasakan teknik dan cara yang diamalkan oleh ibu bapa ketika dahulu adalah lebih baik.
Untuk para ibu bapa yang tak mampu berkemampuan atau ingin berjimat-cermat, tak salah jika korang amalkan cara ini untuk membersih botol susu anak-anak di rumah.
Namun pastikan botol susu tersebut tahan lasak dan berkualiti supaya tidak berlaku hal yang tidak diingini. Walaupun banyak sangat sterilizer botol susu yang ada di pasaran, tiada salahnya jika kita menggunakan cara dahulu.
Kredit: nurrasyidahmohdzainon
Baca Juga: Caj Beg Plastik 20 Sen Di Pasar Raya, Ini Tindakan Segelintir Pelanggan Buat Pekerja Kesal