Dalam dunia perniagaan, bukan sahaja pelanggan yang mempunyai macam-macam ragam. Malah, peniaga juga ada jenisnya. Ada yang baik, jujur, ikhlas dan mudah berurusan. Namun ada juga yang meniaga ala kadar, mengejar keuntungan semata-mata.
Bila peniaga bersikap sebegitu, pelanggan juga akan berasa tidak berpuas hati dan kecewa. Macam-macam boleh terjadi bila pelanggan sudah kecewa. Bukan sahaja pergaduhan mulut boleh tercetus, malah pergaduhan fizikal boleh terjadi. Hati-hati dan ikhlas lah bila berniaga.
Di laman TikTok, seorang pengguna, amrilcoffee berkongsi kekecewaannya dan rasa stress dengan daging goreng kunyit yang dipesan di sebuah kedai makan.
Kelaparan, lelaki itu telah memesan daging goreng kunyit namun apabila ia tiba, lelaki itu terkejut dan berasa kecewa melihat dengan kuantiti dan kualiti hidangan tersebut. Tambahnya secara sinis, ia merupakan hidangan daging goreng kunyit yang paling ‘gempak’ yang pernah dilihatnya.
https://www.tiktok.com/@amrilcoffee/video/7032362407443860762?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8ZQLza44Et62eePh4GDYDPgYCxIdHeSiWZXxyK2On7NTkFJoYglW90T1xLb9FPLbo0P%2BAfjklEI4eVn0DGgA%3D&checksum=&language=en&mid=7025889690838469378&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7032362407443860762&share_link_id=c189955f-4f10-4dde-99a3-3cf936ab1762&source=h5_t×tamp=1637381257&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@amrilcoffeecamni ke hidang makanan kt customer 😢♬ Bilang Pa Mama Mantu – Nusantarahouse
Menjengah di ruangan komen, bukan sahaja lelaki itu tapi orang ramai turut berasa jem dan stress dengan daging kunyit yang dipesan olehnya.
Tambah segelintir warganet, soal makanan tidak harus dibuat main tak kira jantina. Jika silap hari bulan, boleh menangis seseorang itu kerana terlalu kecewa dengan makanan yang dipesan jika begini rupanya.
Kesian juga bila pelanggan dah kelaparan menanti makanan tapi ini pula jadinya. Nasib tak mengamuk dijadinya. Memang lah harga barang sudah naik tapi bukan ini caranya untuk para peniaga menjimatkan kos. Jangan sekadar mengejar keuntungan semata-mata.
Jika pelanggan berpuas hati, semestinya rezeki milik peniaga.
Kredit: TikTok amrilcoffee
Baca Juga: Bergenang Air Mata Lihat Atuk Yang Sudah Berusia Ini Masih Kuat Buat Grab Untuk Sara Hidup