Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Korang Tak Tahu Struggle Kami..” Stress Dengan Ragam Pelanggan, Peniaga Nasi Lemak Ini Hanya Mampu Meluahkan

“Korang Tak Tahu Struggle Kami..” Stress Dengan Ragam Pelanggan, Peniaga Nasi Lemak Ini Hanya Mampu Meluahkan

Kategori:
RAGAM-PELANGGAN-

Memandangkan keadaan ekonomi yang masih mencabar, ramai golongan yang terkesan, termasuklah para peniaga. Dengan kenaikan harga barangan mentah baru-baru ini, perkara ini memaksa peniaga untuk menaikkan harga makanan yang dijual untuk menampung kos.

Namun begitu, perkara itu telah menyebabkan pelanggan tidak berpuas hati, mengajukan hal itu di media sosial, sekaligus memberi impak yang negatif pada peniaga. Sudah pelbagai cara yang telah dicuba oleh peniaga untuk memuaskan hati, namun ragam pelanggan ini kadang-kadang melampau.

Peniaga Nasi Lemak Stress Dengan Ragam Pelanggan

Di laman TikTok, seorang peniaga nasi lemak, memuat naik sebuah video di akaunnya, atikahzamharii_ dan berkongsi rasa stress apabila perlu melayani ragam pelanggan yang terlalu berlebihan.

Menjual nasi lemak dengan harga murah iaitu RM 2.50, pelanggan sering memesan nasi lemak dengan harga RM 2 sahaja dengannya. Tak kisah, dia baru sahaja ingin membungkus makanan tersebut namun terus hilang mood apabila pelanggan meminta lebih dan beberapa tambahan seperti timun lebih, telur sebiji dan sambal lebih. Nak lebih tapi tak mahu bayar? Peniaga mana sahaja tak sakit hati? Boleh rugi!

@atikahzamharii_Peniaga je faham situation ni tau πŸ˜‚ cuba komen apa yg korang faham πŸ˜… ##fypγ‚· ##esekeli ##fypppp ##nasilemakviral ##wifearmy ##fyppppppppp♬ suara asli – Hi, ini meme – π‘΄π’†π’Žπ’†π’Šπ’π’Šπ’Žπ’†π’Žπ’†πŸΉ

Tolong Jangan Buat Sebegini Pada Peniaga Kecil

Menjengah di ruangan komen, beberapa warganet tampil untuk meluahkan perkara sama yang berlaku pada mereka apabila perlu melayani ragam pelanggan sebegini. Jangan lah khianati peniaga kecil yang sedang mencari rezeki yang halal. RAGAM-PELANGGAN

Ada Juga Pelanggan Yang Memahami

Namun, ada juga beberapa pelanggan yang memahami situasi peniaga, harap sesetengah pelanggan berhenti dengan permintaan melampau dan bersifat pentingkan diri sendiri. RAGAM-PELANGGAN

Sebelum memarahi peniaga, kita juga perlu memahami situasi peniaga. Jika nak lebih, mesti lah kena bayar lebih. Peniaga juga mempunyai keluarga yang perlu disara dan mencari rezeki yang halal. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri sehingga merugikan pihak lain.

Sama-sama kita bantu orang lain untuk mencari rezeki. Jika kita permudahkan urusan orang lain, kita juga akan dipermudahkan urusan dan diberkati.

Kredit: TikTok atikahzamharii_

Baca Juga: β€œPenat Sangat Tu..”, Budak Lelaki Ini Gigih Jual Keropok Hingga Terlelap Depan Jualan

tags: