Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suami Sanggup ‘Pakai’ 9KG Buah Tembikai Untuk Sahut Pregnancy Challenge Dari Isteri, Akhirnya..

Suami Sanggup ‘Pakai’ 9KG Buah Tembikai Untuk Sahut Pregnancy Challenge Dari Isteri, Akhirnya..

Kategori:
Pregnancy Challenge

Wanita dianugerahkan dengan kebolehan untuk mengandung dan melahirkan anak di dunia ini. Selama 9 bulan, si ibu akan berbadan dua dan mengharungi pelbagai saat indah dan dugaan.

Kerana membawa anak, si ibu tentu penat dan mempunyai pelbagai ragam. Namun, segelintir suami tidak memahami cabaran yang sering dihadapi isteri mereka.

Untuk memberikan pendedahan pada suami anda yang mungkin kurang faham dengan kepenatan berbadan dua, apa kata anda cuba pregnancy challenge yang telah dilakukan oleh suami wanita ini?

Suami Sanggup ‘Pakai’ 9KG Buah Tembikai Untuk Sahut Pregnancy Challenge Dari Isteri, Akhirnya..

Gara-gara ingin tahu pengalaman berbadan dua, amyyusuff telah mencabar suaminya untuk mencuba pregnancy challenge di mana dia perlu memakai buah tembikai seberat 9 kilogram di perutnya. Pregnancy Challenge

Anak mereka juga kelihatan teruja dan turut serta dengan membantu ayah mereka mengikat buah tembikai tersebut menggunakan plastic wrap makanan.

Wanita itu mulakan cabaran itu dengan meminta suami duduk kemudian berdiri untuk beberapa kali. Walaupun mengeluh, suaminya kelihatan masih lagi gagah mengharunginya.

Seterusnya, dia menghulurkan sepasang stokin ke suaminya untuk disarungkan sendiri dan menyedari bahawa suaminya kelihatan berpeluh. Bila diusik, dia membalas, “Sebab panas!”. Pregnancy Challenge

Cabaran itu bertambah sukar apabila dia menyuruh suaminya baring di atas kerusi. Meskipun suaminya cuba kuat, akhirnya dia mengakui bahawa hal itu tidaklah semudah seperti yang disangka.

Tak sampai setengah jam dalam cabaran itu dan menurut ujian yang diberi isteri, suaminya kelihatan tidak larat dan turut rasa mual ketika sedang bergolek di atas katil. Pregnancy Challenge

Tak tahan, akhirnya dia membuang buah tembikai itu dan berasa lega kerana badan terasa sangat ringan.

https://www.tiktok.com/@amyyusuff/video/7150326861946440987?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@amyyusuff baru dia tahuuu🤭😌🤣ni baru sekejap.. sikit je.. belum lagi kaki cramp lenguh semua, 9 bulan, suami please sayangi isteri anda ❤️ #watermelonpregnancy #bumil #fyp #pregnancy #hamil #watermelonchallenge #watermelonpregnancychallenge #malaysia ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Di ruangan komen, cabaran ini juga menarik minat para isteri di luar sana. Malah, mereka juga ada mengajak suami mereka untuk mencubanya.

Isteri Di Luar Sana Beria Untuk Cuba Cabaran Ini Dengan Suami Mereka Pregnancy Challenge

Siapa kata mengandung itu mudah? Ini baru tembikai, belum lagi anak yang betul, tentu lagi penat!

Jadi kalau suami anda suka mengusik sewaktu mengandung, cuba ajak mereka cuba cabaran ini, tentu tak berani dah selepas ini.

Kredit: amyyusuff

Baca Juga: “Mampuih Macam Ni..” – Pelanggan Geram Belum Terima Lagi Lauk Ikan Walau Nasi Hampir Habis, Akhirnya Peniaga..

tags: | | |