Nama pun suami, amat jarang mereka memaparkan emosi kerana ingin tampil gagah di mata isteri. Malah dalam apa jua situasi, merekalah yang selalu menenangkan isteri.
Tapi bila bercakap soal makanan, sesiapa sahaja boleh ‘lemah’. Bukan sahaja para wanita tapi juga si lelaki yang boleh menitis air mata jika melibatkan makanan kesukaan mereka.
Terbaharu, seorang lelaki khaireznizam, telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi perasaan kecewa selepas melihat bekas aiskrimnya.
Membeli aiskrim kesukaannya, dia ingin menikmatinya sambil berbual bersama isteri. Berkongsi aiskrim itu bersama, dia bagaimanapun terkejut selepas lihat cara isterinya makan.
“Aku makan aiskrim. Aku punyalah pattern ini simetri tau. Suka tarik sikit-sikit. Sampai kat bini aku, nah berlumbang! Aku nak nangis bro, sumpah nak nangis.”, luahnya.
Bila ditanya mengapa isterinya sanggup berbuat begini terhadapnya, si isteri dengan selamba menyuruhnya makan tanpa banyak songgeh.
Mendengar jawapan isterinya, lelaki itu hanya mampu sambung menangis, penat tanggung sakit.
@khairezeriz ytjt perasan tu 😭 #fypシ
@khaireznizam ytjt perasan tu 😭 #fypシ ♬ suara asli – JazzyBire
Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat gelagat suami isteri itu berasa sangat terhibur. Menurut beberapa warganet, memang begini cara orang perempuan makan.
“Betul doh, mak aku pun selalu camtu. Part adik-adik laku aku semua cantik je makan. Sampai mak aku berlubang terus!”, kongsi Aiman_Smith.
Kesian pada si suami tu. Baru sahaja nak nikmati aiskrim kesukaan tapi akhirnya terus dirembat isteri. Perempuan memang pantang kalau lihat makanan, kalau dapat terus nak habiskan. Dalam kamus mereka mana ada makan sikit-sikit ya!
Jadi nasihat pada si suami, kalau tak mahu berkongsi seeloknya beli satu lagi sebekas supaya tak ada pula yang anda akan dihabiskan isteri.
Kredit: khaireznizam
Baca Juga: Viral! Gadis UiTM & Kawan-Kawan Kongsi Cara Betul Makan Makanan Bungkus, Baru Tak Leceh