Menipu itu sesuatu perkara yang dilarang sama sekali di dalam agama. Namun begitu ramai yang melakukannya tanpa sedar. Dalam agama Islam, seorang isteri dilarang sama sekali untuk menipu suaminya. Ini kerana si isteri perlu sentiasa menghormati suami mereka.
Meskipun untuk kebaikan, si isteri perlu sentiasa jujur dengan suami tak kira sekecil mana pun hal itu. Bukan sahaja sebagai tanda hormat, ia bagi memastikan kehidupan mereka sentiasa diberkati di dunia dan di akhirat. Tapi melihat perilaku dan citarasa suami, kadang-kadang si isteri terpaksa berbuat demikian. Ini kerana setiap orang mempunyai sebab-sebab tersendiri untuk menipu pasangan masing-masing.
Berada di rumah bersama keluarganya, seorang wanita merancang untuk menyediakan rendang itik untuk dirinya dan suami ketika itu. Namun, wanita itu baru sahaja menyedari bahawa suaminya itu tidak menggemari hidangan itu dan tak akan makan walaupun telah dimasak olehnya.
Tak sampai hati melihat suaminya makan nasi dengan telur goreng sahaja, wanita itu terpaksa menipu suaminya dan memberitahu bahawa rendang yang dimasak adalah rendang ayam dan bukannya rendang itik. Percaya pada isterinya, lelaki itu kelihatan berselera menikmati hidangan itu bersama sepinggan nasi putih.
Terpaksa menipu, wanita itu kesal dengan apa yang dilakukan tapi ia perlu demi melihat si suami makan lauk yang enak sepertinya.
@ummi.aqif Kesayangan hati hamba#cintasejati #setiahinggahujungnyawa #satukosong
@ummi.aqif Kesayangan hati hamba#cintasejati #setiahinggahujungnyawa #satukosong ♬ CINTAKU – ❤️🄷🄾🅆🄾🅇🅉░42░🐊💢
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut memujuk dan menyakinkan wanita itu bahawa tindakannya itu tidak salah. Terpaksa menipu demi kebaikan, asal suami dapat isi perut pun tak mengapa.
Kadang-kadang bukan mahu tapi menipu itu terpaksa dilakukan demi kebaikan suami. Walaupun ia sudah menjadi satu dosa buat si isteri untuk berbuat begitu tapi mana isteri yang sayangkan suaminya sanggup melihatnya makan ala kadar sahaja, kan? Tak mengapalah kak. Tuhan sahaja yang tahu niat kita.
Kredit: TikTok ummi.aqif
Baca Juga: “Cuba Azan..”, Wanita Dakwa Masuk Kedai Makan Bunian, Sunyi Sepi & Pelanggan Lain Tak Bercakap Pun