Setiap pasangan kekasih ataupun suami isteri, pasti ada momen dan kenangan yang terjadi pada awal percintaan. Misalnya, kenangan dan memori di kedai makan atau restoran yang kebanyakan menjadi destinasi para pasangan menghabiskan masa mengenali diri masing-masing.
Makan sambil berbual tentang kehidupan dan bertukar cerita antara satu sama lain di sana, pasti ia menjadi hal yang selalu dikenang walau ia sudah memakan masa bertahun-tahun lamanya. Lokasi itu pasti akan dikenang dan kita pasti akan mengunjunginya lagi untuk mengimbau memori silam.
Seperti pasangan suami isteri yang tular di TikTok semalam, gelagat mereka hendak mengunjungi sebuah kedai makan mi kari yang pernah dikunjungi enam tahun lalu mencuit hati orang ramai. Ini kerana kedai mi kari yang dicari setelah enam tahun lamanya tidak makan di situ sudah hilang entah ke mana. Hanya tanah kosong yang terbiar di sana.
“Enam tahun lepas di bawak bini pergi makan mi kari dekat situ. Harini dengan yakinnya dia nak bawa aku makan dekat situ. Sampai-sampai kedai dah takda. Merata-rata dia bawa bingung dia tahu. Letik aku gelak,” luah isterinya melihat gelagat suami teruja nak bawa isteri makan mi kari tempat kenangan lama tersebut.
Melihat kepada video, si suami bingung sehinggakan terduduk dan termenung merenung kedai mi kari yang sudah hilang entah ke mana. Menurut orang ramai, kedai mi kari tersebut sudah dirobohkan kerana urusan pembangunan dan tuan kedai sudah mendapat pampasan yang lumayan.
@dek_yang97 @adiazwanramlie simpan sikit bingung tu🤣🤣
@dek_yang97 @adiazwanramlie ♬ DJ Keju Joget – TikTok Music ID
Melihat kepada ruangan komen netizen, pelbagai reaksi yang ditunjukkan mereka selepas menonton video pasangan suami isteri tersebut. Ada juga yang berkongsi pengalaman mencari kedai makan lama mereka.
“Konon nak flash back balik memori la tu sekali kedai dah ghaib dah… Semoga bahagia selalu,” kata netizen bernama Shima memberi komen video suami teruja nak bawa isteri makan mi kari tempat kenangan lama.
“Sebiji macam ayah saya, cari kedai nasi lemak, tahu-tahu dah jadi kedai motor,” kongsi netizen lain bernama Bobuudin.
Kedai yang punya memori pada diri sendiri ni sememangnya punya rasa tersendiri kan. Jangan main-main dengan kenangan masa lalu ni. Sampai 10 tahun pun kita boleh ingat dan terkesan tau. Semoga pemilik video dah tak bingung ya. Terima kasih kerana hiburkan kami.
Sumber: Dek Yang
Baca juga: Pelanggan Tanya Soalan Dekat Peniaga Kedai Makan, Tak Sangka Dia Tiba-Tiba Menangis. Ini Ceritanya..