Siapa sahaja yang tidak teruja untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan di luar, kan? Setelah sekian lama tidak bertemu oleh kerana penularan wabak Covid-19, nampaknya ramai yang sudah merancang riadah bersama.
Namun begitu, orang ramai masih lagi ditegaskan untuk mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) apabila berada di luar bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Selain menjadi tanggungjawab orang awam, para peniaga juga bertanggungjawab dalam memastikan pelanggan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, lebih-lebih lagi di premis kedai makan. Setiap meja dihadkan hanya untuk beberapa orang, jika tidak dipatuhi, ia ibarat melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan boleh dikenakan saman.
Di laman TikTok, seorang pengguna, teah.mhdzir, berkongsi detik cemas yang diamalaminya baru-baru ini. Suasana riang bersama kawan-kawannya di salah sebuah restoran Korea, Mr.Dakgalbi di Aeon Rawang bertukar cemas apabila bertemu dengan beberapa anggota penjawat awam.
Menurutnya, mereka memilih untuk makan di restoran itu memandangkan tak ramai pelanggan lain. Duduk bertiga semeja, mereka mula berasa cuak apabila beberapa anggota penjawat awam mula melakukan rondaan sekitar pusat beli belah itu.
Alangkah cemas apabila mereka mula ke mejanya dan menanyakan beberapa soalan sambil meminta kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa. Namun, mereka dilepaskan dengan amaran. Berasa lega, wanita itu ingin menangis kerana mula membayangkan situasi yang lebih buruk.
Setelah mereka berlalu pergi, wanita itu mula hilang selera untuk makan. Demi memujuk dirinya dan kawan-kawan, mereka membeli air dan bermain permainan kanak-kanak di rumah untuk mengembirakan hati.
Walaupun begitu, dia masih lagi berterima kasih pada penjawat awam tersebut kerana menjalankan tugas dengan baik dan berjanji akan mematuhi SOP dengan lebih baik apabila makan di kedai makan.
@teah.mhdzir pov: nak lepak boleh tapi sama² patuh sop☺️ hopefully kami x jumpa en² tu lagi😂 #fyp #friends #sop #abgaskar #abgpolis
@teah.mhdzirpov: nak lepak boleh tapi sama² patuh sop☺️ hopefully kami x jumpa en² tu lagi😂 ##fyp ##friends ##sop ##abgaskar ##abgpolis♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Sebelum wanita itu atau penjawat awam yang bertugas dikecam, salah seorang pekerja yang menyaksikan situasi itu tampil menjelaskan perkara yang terjadi. Dia turut meminta maaf bagi pihak restoran itu kerana tidak dapat menyediakan ruang duduk yang lebih besar.
Harap perkara yang terjadi boleh dijadikan pengajaran untuk semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.
Kredit: TikTok teah.mhdzir
Baca Juga: “Dia Boleh Menari Pulak!” Orang Ramai Terhibur Melihat Gelagat Pekerja Kedai Mamak