Hai semua. Agak-agak lah kan, apa menu minum petang atau untuk pencuci mulut korang semua ya? Apa kata kita buat menu yang istimewa ataupun lain dari yang biasa kita buat? Tak tahu menu apa? Jangan risau kerana hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua satu resepi baru iaitu SujiBai/Arab Dahlia’s Kitchen. Mungkin ramai sudah tahu resepi ini tetapi bagi yang belum tahu boleh ikut resepi yang saya kongsikan untuk anda semua.

 

SujiBai/Arab Dahlia’s Kitchen

*RESIPI* untuk 500g Tepung Semolina

Bahan-Bahan A

  • 1 Paket Tepung Semolina
  • 2 Tin Susu Cair
  • 600 gram Gula Kasar
  • Sedikit Pewarna
  • Garam Secubit
  • 1 Sudu Teh Air Mawar ( citarasa masing-masing)
  • Air ( 2.3L – 2.5L)

**Sila rujuk pada Tutorial Video**

Bahan-Bahan B

  • Kacang Kisar (chopped nuts)
  • Kismis
  • Gajus
  • Minyak Sapi

****Bahan-bahan B dicampr kemudian digoreng hingga bertukar warna sedikit***

Cara-cara Memasak:

  1. Masukkan air, gula, pewarna, garam dan air mawar. Biarkan air panas dahulu. Kemudian masukkan susu.
  2. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan semolina dan kacaukan hingga sekata.
  3. Masak sehingga adunan pekat. Kemudian masukkan adunan kedalam bekas kecil-kecil.
  4. Letakkan bahan B yang sudah digoreng  sebagai topping.
  5. Sedia untuk dihidangkan.

 

Selamat mencuba. Belum cuba belum tahu, sudah cuba hari-hari mahu.

Sila rujuk video untuk cara memasak yang lebih lanjut.

Kredit: Dahlia’s Kitchen

 

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 2 times!)