Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Sup Kaki Ayam, Bukan Setakat Sedap! Juga Boleh Cantikkan Kulit Wajah, Ini Resepinya..

Sup Kaki Ayam, Bukan Setakat Sedap! Juga Boleh Cantikkan Kulit Wajah, Ini Resepinya..

Kategori:
Sup Kaki Ayam

Jom cuba masak sup kaki ayam ini. Memang untung buat mereka yang suka makan kaki ayam, tak kiralah kerabu kaki ayam, sup ayam atau sebagainya. Buat yang masih belum tahu, kaki ayam mempunyai kolagen yang banyak kebaikannya kepada tubuh badan manusia. Salah satu kebaikannya adalah boleh membuatkan kulit menjadi cantik menawan.

Nak tahu cara-cara membuat sup kaki ayam ini? Ikuti perkongsian lengkap oleh Diana Safura Danish di bawah. Resepi yang mudah dan menyihatkan!

Sup Kaki Ayam, Bukan Setakat Sedap! Juga Boleh Cantikkan Kulit Wajah, Ini Resepinya..

Ada tak sesiapa yang macam saya suka makan sup ayam kolagen tapi setiap kali masak sup kolagen mesti buang tapak kaki dan kerat kuku tu pendek2. setiap kali nk makan mesti makan yg diri sendiri buat atau mak sahaja buat sebab tanpa was was tentang kebersihan, sebab kdg2 ada di kedai makan yg tak buang tapak kaki yg gemok2 tu.

Ok lah ni resipi nya nanti ada pulak yg tanya mana resipi, resipi paling simple paling mudah, sambil berlari pun boleh siap. tapi siapa nak derhaka resipi sy terpulang la..

Kaki ayam ni banyak kolagen tau, sy antara manusia yg tak pernah ambik pil pil tambahan utk nak cantik, tapi amalkan makan sayur dan sebulan sekali mesti ambik sup kolagen ni, suami pun penggemar sup kolagen ni, kami suami isteri sgt suka sup kaki ayam dan sup kaki lembu.. sedap dia tak boleh bawa bincang.

Bahan-bahan:

  • Kaki ayam yang dibersihkan (buang tapak dan kuku, bukan kerat kuku sahaja tapi buang sedikit jari tu)
  • Bawang putih 5 ulas
  • Bawang besar 1 biji
  • Halia (sedikit sahaja)
  • 2 biji kentang (potong kecil)
  • Sawi (kalau taknak pun takpe)
  • Pati kiub sup ayam
  • Lada hitam

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar dah halia. Kemudian masukkan kaki ayam, kentang, air, pati kiub dan lada hitam. Garam terpulang nak pakai atau tak, sy tak pakai sebab pati kiub dah cukup perasa. Rebus lama sikit biar kaki ayam empuk dan lembut.

 

Banyak kolagen dalam sup kaki ayam. Apa itu kolagen? Apabila umur seseorang itu semakin meningkat dewasa, sel kolagen juga semakin berkurangan. Jumlahnya pula akan terus merosot di awal usia 20-an dan perkiraan purata 1 hingga ke 4 gram sehari kandungan kolagen boleh hilang daripada badan kita.

Disebabkan itulah semua wanita terutamanya yang semakin berusia memerlukan kolagen yang boleh didapati daripada kaki ayam yang bertulang, kulit dan tidak ada otot yang penuh dengan kalsium, protein, kolagen dan rawan yang sangat mudah diserap oleh tubuh badan.

Kolagen yang terdapat di dalam kaki ayam sangat tinggi dan ianya sama banyak sepertimana yang terdapat dalam sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang mempunyai vitamin C. Jika anda perasan, sesiapa yang gemarkan makan kaki ayam, kulitnya pasti cantik menawan.

Kelebihan memakan kaki ayam juga akan menjadikan kulit pinkish secara semulajadi, kulit lembut seperti bayi, kulit makin elastik dan tegang, kurangnya garis halus penuaan dan bekas parut jerawat juga semakin berkurang. Banyak lagi kelebihan lain dari segi sekatakan tona kulit serta cerahkan bibir dan juga ketiak.

Diantara khasiat kaki ayam:

1. Kaki ayam kaya kolagen

Menurut kajian, kaki ayam memiliki kolagen yang sangat tinggi. Antara manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam adalah:

  • Kolagen membentuk kulit yang anjal, menjadikan kulit sihat, ganti sel-sel kulit mati dengan ganti sel-sel kulit baru dengan cepat
  • Kolagen serap kalsium dan protein yang membuatkan tubuh jadi sihat.
  • Kolagen meningkatkan metabolism sekaligus bantu menurunkan berat badan
  • Kolagen yang membuatkan tulang kuat dan tak rapuh

2. Kurangkan risiko tulang rapuh

Kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen boleh mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini untuk kukuhkan struktur tulang dan cegah kerapuhan tulang apabila dah tua.

3. Sembuhkan kecederaan

Kaki ayam mengandungi nutrisi seperti protein dan kalsium. Kajian mengatakan nutrisi tersebut bantu menyembuhkan kecederaan. Sebagai contoh, jika mengalami kecederaan tulang belakang, boleh cepat sembuh sekiranya makan kaki ayam ni.

4. Saluran percernaan sihat

Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam baik untuk sistem pencernaan. Usus akan jadi lagi lembut yang membuatkan sistem pencernaan jadi lebih baik. Korang jadikan tulang ayam ni sebagai makanan berkuah atau sup okay. Sebab? Nutrisi seperti kolagen, protein, kondroitin dan glucosamine akan larut dalam sup ketika dimasak.

5. Kesihatan kuku terjaga

Kaki ayam yang dah dimasak akan menghasilkan asid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

6. Menyihatkan gusi

Nutrisi yang terkandung dalam kaki ayam akan menyihatkan gusi dan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.

 

Kredit: Diana Safura Danish

tags: |